Penyanyi Faizal Tahir memaklumkan bahawa dia ambil tahu mengenai dakwaan peminat yang mengatakan harga tiket konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur terlalu mahal.
Ujar Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohamad Tahir, perkara menetapkan harga tiket adalah diluar kawalannya dan dia tiada kuasa untuk menentukan harga jualan.
Soal harga saya tidak boleh jawab lebih kerana di luar bidang kuasa saya. Secara jujurnya, masa tengok harga tiket pun saya tertanya juga ‘wow harga tiket macam ni ya’.
Difahamkan, pihak penganjur sudah mengambil kira banyak perkara untuk menetapkan harga tiket seperti itu.
Untuk saya patah balik dan kurangkan harga tiket itu agak susah tapi seperti dimaklumkan pihak penganjur, ia adalah harga berdasarkan mereka jangka daripada saya.
Dia dalam pada itu berkata agak sedikit tertekan apabila melihat harga tiket yang ditawarkan namun berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada malam itu.
Faizal juga memohon maaf kepada peminat berkenaan isu itu dan memaklumkan bahawa ia bukan satu perkara yang dia boleh kawal dengan mudah.
Pelantun lagu Ragaman itu juga mengakui sedikit kecewa kerana harga tiket konsertnya dipersoal sedangkan peminat sanggup bayar lebih untuk menonton persembahan artis luar negara.
“Tak kisahlah harga artis dari Barat, Korea, Jepun atau Indonesia, peminat sanggup bayar mahal tetapi kalau artis kita mereka persoalkan.” ujarnya lagi.