June 29th, 2011

Hidup Abang Nara memang sentiasa sibuk, sibuk dan sibuk gila. Kadang-kadang seharian tak dapat nak menonton rancangan TV kegemaran. Tetapi sejak kehadiran Astro B.yond PVR dalam hidup Abang Nara, memang Abang Nara tak pernah miss rancangan-rancangan kegemaran. Ini bukan propa tapi betul-betul kenyataan.

astro pvr

Selaku penulis blog hiburan sudah tentulah Abang Nara kena tengok rancangan-rancangan hiburan macam Mentor, Akademi Fantasia, Maharaja Lawak dan drama-drama kat TV untuk update info-info terkini. Ok korang akan kata kalau termiss rancangan tue boleh tengok kat Youtube je. Tapi feel tengok kat TV memang beza dengan tengok kat Youtube. Lagi-lagi kalau internet slow tahap siput babi.

Kadang-kadang kalau hari Jumaat time Maharaja Lawak on air Abang Nara tak sempat nak tengok sebab pergi main game Dota dengan kawan-kawan (time bujang dulu). Hari Sabtu Ahad pun macam tue gak. Kadang-kadang ada event sampai terlepas rancangan Mentor, AF dan Cerekarama. Tapi Abang Nara tak gusar sebab Abang Nara tau Cik Nara dah rakamkan semua rancangan tue guna Astro B.yond PVR.

astro pvr

So hari Ahad Abang Nara akan bangun awal pagi dan layan rancangan-rancangan yang telah dirakam. Cara nak rakam tue senang sangat sampai mak mertua Abang Nara pun dah pandai guna dah sekarang. Seronok jugak bila berkumpul ramai-ramai di pagi Ahad dan gelak sama-sama sambil tengok Maharaja Lawak. Terasa macam family gathering pulak.

Oh by the way Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Eyriqazz sebab menang pertandingan Astro B.yond PVR dan dapat pergi trip ke Kota Kinabalu. Serius jeles. Tapi tak apalah, sebab Abang Nara pun dah selamat pergi dan balik dari Korea berhoneymoon. So tak berapa jeles sangat.

Yang penting sekarang Abang Nara nak layan final Maharaja Lawak yang telah dirakam oleh mak mertua kesayangan guna Astro B.yond PVR. Terima kasih mak mertua dan terima kasih Astro B.yond PVR.


Comments are closed.

Loading...