Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kalau Anak Sakit, Kita Bayar Bil Sendiri..” – Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

rita rudaini dan anak-anak

Masih lagi mencecah empat angka bagi kes harian baru, Rita Rudaini meluahkan rasa risau mengenai keputusan ingin membuka sekolah semula buat semua pelajar bermula 1 Mac ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story itu, pelakon wanita itu risau dek jumlah kes yang masih tinggi kini. Malah dia meminta kementerian berkenaan supaya menimbang balik keputusan yang dibuat tersebut.

Advertisement

Rita turut mencadangkan agar sekolah dibuka untuk pelajar yang mengambil peperiksaan penting sahaja buat masa ini.

“Yang besar-besar boleh dan tahu jaga diri. Yang kecil-kecil, bukan tahu apa. Kalau anak kita sakit, kita bayar bil sendiri.”

Di akhir entri itu, dia sekali lagi meminta pihak bertanggungjawab supaya mengkaji balik keputusan untuk membuka sekolah semula.

rita rudaini dan anak-anak

Untuk pengetahuan anda, Rita mempunyai dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10.

Apa pendapat anda mengenai luahan Rita ini?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    February 26, 2021 at 11:41 am

    kannn. klu kau risau sgt kau jgn la anta ank kau. org lain ni yg nk anta ni jangan la libatkan ktorg skali. kau nk homeschooling ank kau ke. nak hired personal tutor ke sukati kau. tp skolah kerajaan ni kau jgn kacau. lantak hang p sana

  2. siskekwa

    February 26, 2021 at 10:47 am

    jgn igt u je baya bil hosp anak2, semua org pon mcm tu xyah nk mentioned la (sound stupid)…..jd bila bole bukak sekolah???? just imagine budak2 yg xder online facility nk access & catch up pembelajaran??? u asyik duk up rubbish story ja…jaga penjarakan amal kan 3W elak 3S pastu tawakal!…faham ke edak?

  3. Anonymous

    February 26, 2021 at 9:38 am

    hg pikiaq pasal diri hg ja! hg tak pikiaq mak pak lain yg duk ceruk mana bergolok gadai nk beli laptop nak pasang wifi. coverage takdak anak x boleh belajaq. takut mmg takut tapi jgn pikiaq pasal diri sendiri ja. betapa peningnya kementerian pelajaran nak pikiaq! yg hat ni nak buka sekolah yg hat tu tak mo lagi.. buat tv pendidikan bagai, anak ramai nk tengok channel mana dulu? mak pak kerja anak duk rumah pengasuh, tv mana nk buka? jgn sedap mulut hang ja nk bg komen mcm org lain buduh & x peduli pasal anak! hg retis takpalah byk duit. kalu xde job, 24 jam ada duq umah!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama