“Kalau Anak Sakit, Kita Bayar Bil Sendiri..” – Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

Hiburan

“Kalau Anak Sakit, Kita Bayar Bil Sendiri..” – Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

Masih lagi mencecah empat angka bagi kes harian baru, Rita Rudaini meluahkan rasa risau mengenai keputusan ingin membuka sekolah semula buat semua pelajar bermula 1 Mac ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story itu, pelakon wanita itu risau dek jumlah kes yang masih tinggi kini. Malah dia meminta kementerian berkenaan supaya menimbang balik keputusan yang dibuat tersebut.

Advertisement

Rita turut mencadangkan agar sekolah dibuka untuk pelajar yang mengambil peperiksaan penting sahaja buat masa ini.

“Yang besar-besar boleh dan tahu jaga diri. Yang kecil-kecil, bukan tahu apa. Kalau anak kita sakit, kita bayar bil sendiri.”

Di akhir entri itu, dia sekali lagi meminta pihak bertanggungjawab supaya mengkaji balik keputusan untuk membuka sekolah semula.

rita rudaini dan anak-anak

Untuk pengetahuan anda, Rita mempunyai dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10.

Apa pendapat anda mengenai luahan Rita ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...