February 12th, 2018

Mungkin bosan dengan sesetengah pihak yang suka membangkitkan mengenai saiz badannya, Zulin Aziz telah memuat naik satu video di Instagram membidas mereka yang gemar mengata.

Dalam video itu, Zulin berkata walaupun gemuk, dia sihat dan dia juga tidak menggunakan wang sesiapa untuk makan. Zulin berkata:

Kalau aku kurus pun, bukan aku nak kat kau pun, yang kau ejek aku gemuk kenapa? Sikit-sikit gemuk, sikit gemuk, aku meluatlah!

Biarlah aku gemuk, aku bukan minta kau makan pun. Kalau aku makan, aku tak minta duit dekat kau lah.

Kau dengki lah tu, hari hari aku makan sedap. Tak kan kau nak suruh aku makan rumput hari-hari, baik aku jadi kambing.

Kalau kurus pun hati busuk buat apa? Lebih baik macam ini, tapi bahagia, tak kacau orang.

Apa masalah kau, asyik mengata aku je, asal pakai macam ni je kata nampak gemuk.

Nampak sangat kau tu tak ada kerja, tengok aku dari tadi.

Ramai pengikut Zulin memberi semangat kepadanya supaya tidak memberi perhatian kepada kata-kata sesetengah orang. Ada yang mengatakan, walaupun berbadan besar,Zulin cantik dan comel bagi mereka.

Walaupun begitu, Zulin dalam satu muat naik selepas itu mendakwa video itu dimuat naik sebagai satu gurauan sahaja. – beautifulnara.com

 

 


16 responses to ““Kalau Aku Kurus, Bukan Aku Nak Dekat Engkau Pun”- Zulin Aziz”

  1. hamba ALLAH says:

    tak baikla mengata kat badan org ni kurus ke gemuk ke. tu kan kejadian Allah. takde org nak dilahirkan tak cantek ke gemuk ke. ak faham perasaan zulin sbb ak ada adik yg bdn mcm dia. ada org gi depan muka adik aku tanya kenapa gemuk skg. bla2…
    mentang2 la dia kurus. sesuka hati je mengata org. betul ckp zulin. gemuk ke kurus ke yg pntg hati kita baik…
    takpela zulin… nanti tuhan ganti awk dengan rezeki dan pasangan yang ikhlas nakkan awak…

Loading...