“Kalau Aku Jumpa, Memang Habis Aku Pijak Kau” – Datin Intan Najuwa

Hiburan

“Kalau Aku Jumpa, Memang Habis Aku Pijak Kau” – Datin Intan Najuwa

Terkesan dengan kes penderaan bayi yang tular, pelakon Intan Najuwa menasihatkan individu yang ingin bekerja sebagai pengasuh agar memastikan tahap kesihatan mental berada dalam keadaan baik sebelum memikul tanggungjawab menjaga anak-anak orang lain, khususnya bayi.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, turut menyarankan mereka yang tidak mampu mengawal emosi dan mental supaya mencari pekerjaan lain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Advertisement

“Sekarang ini cerita dia kalau nak jadi pengasuh, tolong pastikan kesihatan mental awak okey dan mampu menjaga kanak-kanak terutamanya bayi.
Jika tak mampu mengendalikannya, lebih baik cari pekerjaan lain. Jangan aniaya anak orang,” katanya menerusi Threads, dipercayai merujuk kes penderaan bayi terkini.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut meluahkan kemarahan terhadap tindakan pengasuh yang mengasari bayi dan berharap hukuman setimpal dikenakan.

“Walaupun bukan anak aku yang kena tapi kalau aku jumpa pengasuh itu, memang habis aku pijak-pijak kau.”

“Pakai kaki saja dekat bayi itu, sumbat masuk penjaralah orang macam ini.”

“Apa-apa pun pihak berkuasa tolong jangan lepaskan orang jahat. Mereka layak dihukum atas apa yang mereka lakukan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Intan mempertahankan golongan ibu yang terpaksa menyerahkan anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja.

Tular Video Pengasuh Dera Anak Asuhan, Kain Najis Di Sapu Ke Muka Di Desa Petaling – “Dia Dicampak, Digolekkan Dan Dipijak”

“Tak ada ibu yang suka-suka nak keluar kerja dan tinggalkan anak mereka dengan pengasuh.”

“Kebanyakan mereka tiada pilihan. Ini soal untuk terus hidup hari ini dan demi masa depan anak mereka. Jadi, tolonglah berempati,” jelasnya.

Sebelum ini, tular rakaman memaparkan seorang pengasuh yang didakwa mendera beberapa bayi di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Desa Petaling. Suspek, seorang wanita berusia 26 tahun, ditahan pada 16 Disember lalu bagi siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nedim nazri nadia brian
2025-12-29 12:48:46

Nedim Dan Nadia Brian Semakin 'Hangat' Dilamun Cinta, Peminat Doakan Kahwin Cepat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...