“Kalau Aku, Dah Terajang” – Viral Dua Budak Lelaki Tak Senonoh, Raba & Cium Punggung Pembonceng Wanita

Trending

“Kalau Aku, Dah Terajang” – Viral Dua Budak Lelaki Tak Senonoh, Raba & Cium Punggung Pembonceng Wanita

Tular sebuah rakaman menunjukkan tindakan dua budak lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap wanita di tempat awam.

Menerusi video yang tersebar di media sosial Indonesia itu, dua budak tersebut dirakam berada di bawah ‘flyover’ sewaktu banyak kenderaan berhenti ketika lampu merah.

Advertisement

Mereka kemudian dilihat mendekati penunggang motosikal perempuan sebelum seorang budak meraba manakala seorang lagi mencium bahagian punggungnya.

Video tersebut tular selepas dimuat naik oleh akaun Twitter @ughawesome1 dan insiden itu dilaporkan berlaku di simpang jalan Pasirkaliki-Sukajadi, Bandung.

Selepas rakaman itu tular, Unit Polis Perkhidmatan Awam Bandung dikatakan terus pergi ke lokasi namun tidak menjumpai dua kanak-kanak terbabit.

Namun, keesokan hari penjaga mereka telah dipanggil pihak polis untuk disoal siasat. Sementara itu, sepasang suami isteri yang juga merupakan ibu bapa kanak-kanak tersebut telah tampil membuat permohonan maaf.

Menurut si bapa, dia berjanji akan mendidik dua anaknya itu supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

Tindakan mereka berdua mengundang pelbagai reaksi daripada warganet di mana rata-ratanya berang dengan apa yang dilakukan.

Ada yang berkata tidak akan berdiam diri jika mereka menjadi mangsa sebegitu, sebaliknya akan memukul dua budak tersebut.

“Kalau aku, dah terajang budak tu” – kata seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 bulan lalu

"Masuk Bilik, Raba Tubuh" - Gadis Bawah Umur Dirogol Suami Makcik Waktu Tumpang Tidur Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...