Pengarah drama terkenal, Michael Ang berkata dia tidak ‘hingin’ menonton konsert pemuzik terkenal Coldplay meskipun ditawarkan tiket VIP.
Perkara itu diluahkan Michael menerusi satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini untuk tatapan peminat.
Katanya, ada ahli keluarga terdekat telah menawarkan tiket VIP konsert Coldplay namun enggan mengambilnya kerana tidak mengetahui kesemua lagu kumpulan muzik terkenal United Kingdom itu.
Tapi ujarnya lagi, jikalau penyanyi Adele datang membuat persembahan, dia sanggup melutut dan merayu demi mendapatkan tiket konsert.
Konsert je dengar lagu je bukan nak berkahwin dan sembah penyanyi tu. Chill sudah ya.
Terdahulu, kumpulan Coldplay dijangka akan membuat persembahan pada bulan November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.