“Kalau Ada Yang Sudi Bayar RM100K Untuk Masuk Podcast, Aku Boleh Pertimbangkan” – Cik Epal

Kehidupan

“Kalau Ada Yang Sudi Bayar RM100K Untuk Masuk Podcast, Aku Boleh Pertimbangkan” – Cik Epal

Gara-gara pendedahan yang dibuat seorang wanita yang didakwa menjadi punca rumah tangga usahawan Jofliam bercerai-berai, Cik Epal tampil membuat penjelasan di Instagram.

Kata Cik Epal, dia tidak mahu memberi sebarang penjelasan mengenai isu yang tular kerana apa yang terjadi dalam rumah tangganya itu bukanlah berpunca daripada dirinya.

Advertisement

Untuk sekarang aku rasa tak ada keperluan untuk aku beri penjelasan. Semua perkara yang terjadi bukan berpunca daripada aku yang memuat naik apa-apa kenyataan.

Dia kemudian dalam nada berseloroh mengatakan bersedia untuk melakukan podcast sekiranya dibayar dengan sejumlah wang.

Tapi kalau ada yang sudi bayar RM100k masuk podcast, boleh la aku pertimbangkan.

Terdahulu, wanita dikenali sebagai Dewi tampil mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk menjadi isteri nombor dua Jofliam oleh Cik Epal.

Cik Epal dan Jofliam mengumumkan sudah tidak lagi bersama sebagai suami isteri setelah 10 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dewi beri penjelasan isu sondol jofliam cik epal
2 months ago

(VIDEO) "Cik Epal Tawarkan Saya Jadi Isteri Kedua.." - Dewi Tampil Penjelasan Isu Jadi 'Penyondol' Rumah Tangga Jofliam Dan Cik Epal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...