“Kalau Ada Tempat Lawa, Senyap Je..” – Hutan Simpan UPM Diceroboh Orang Awam, Longgokan Sampah Ditinggalkan Merata

Kehidupan

“Kalau Ada Tempat Lawa, Senyap Je..” – Hutan Simpan UPM Diceroboh Orang Awam, Longgokan Sampah Ditinggalkan Merata

Baru-baru ini, sebuah kawasan hutan simpan yang dimiliki oleh Universiti Putra Malaysia atas tujuan kajian dikatakan telah diceroboh oleh orang awam meskipun sudah ada amaran larangan masuk ke kawasan tersebut.

Penuh sampah sarap

Bukan itu sahaja, yang lebih mencetuskan kemarahan adalah apabila pihak yang tidak bertanggungjawab ini dengan tidak malu memuat naik video mereka mencerobohi kawasan itu.

Advertisement

Pada masa yang sama, seorang pelajar UPM telah memuat naik sebuah video yang memaparkan longgokan sampah yang ditinggalkan bersepah-sepah di kawasan hutan simpan itu.

Dukacita dimaklumkan baru-baru ni ada rakan-rakan dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM Serdang yang tengah menjalankan projek akhir ilmiah (Final Year Project) berkongsi video dengan saya mengenai penceroboh dan ada yang meninggalkan sisa sampah di kawasan Kolam Puteri.

Reaksi netizen

Tambahan pula, setelah hantaran tersebut tular, rata-rata juga tidak setuju dengan tingkah laku sesetengah pengunjung yang tidak bertanggungjawab setelah masuk ke dalam kawasan larangan itu.

Kalau ada tempat lawa senyap-senyap je, kalau tak macam ni lah. Dirosakkan oleh golongan urbanite yang acah hiking acah greenery acah healing.

 

Konon hiker paling cintakan alam, tapi ceroboh kawasan larangan. Lagi bodoh tinggalkan sampah pula.

twtSumber : X  

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

blue lagoon
9 months ago

"Puak Terpaling Nature Lover" - Pelajar UPM Bengang Makin Ramai Ceroboh & Mandi Manda Di 'Blue Lagoon'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...