August 18th, 2016

Meskipun berita pertunangan bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim dan ikon fesyen Wak Doyok sudah mula tersebar sejak bulan lepas,  mereka nampaknya sehingga kini masih belum ingin memberikan komen lanjut mengenai berita berkenaan.

Walaubagaimanapun, Azrinaz memberitahu beliau sedia berkongsi kepada umum jika ada sebarang perkembangan lanjut serta terbaharu mengenai perkara berkenaan.

Saya terkejut membaca berita itu. Buat masa ini tiada apa yang boleh dikongsikan.  Jika ada majlis antara kami, saya akan maklumkan tetapi saya tidak berjanji untuk membuat pengumuman rasmi.

Kalau benar sudah bertunang, apa salahya berterus-terang bukan? Janganlah biarkan peminat terus membuat spekulasi mereka sendiri. Lagipun, kemesraan antara Azrinaz dan Wak Doyok pun sudah nampak seperti pasangan bercinta dan mempunyai hubungan istimewa. Betul tak?

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...