Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kalau Ada Orang Masuk Meminang, Saya Kahwinlah – Emma Maembong

Walaupun mengakui beliau sudah tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Kamal Adli dan berstatus solo kini, kisah peribadi pelakon Emma Maembong masih lagi menjadi tumpuan peminat.

Advertisement

Mana tidaknya, beliau masih kelihatan sangat rapat dengan Kamal ibarat pasangan kekasih tetapi pada masa yang sama begitu mesra dengan lelaki lain sehingga pernah digosipkan bercinta dengan Alvin Chong.  Benarkah beliau tidak menjalinkan sebarang hubungan percintaan?

Saya solo. Tiada sesiapa pun yang istimewa. Lagipun, saya dah tak ada fikir ke arah itu (bercinta pada masa ini). Kalian selalu bertanyakan hal peribadi kepada saya, tetapi sekarang saya tidak ada pun yang nak dikongsikan.

Saya dengan Kamal memang masih berkawan. Kalau dia mengajak saya keluar, saya masih keluar walaupun tiada sebarang perhubungan istimewa. Tak pernah sesekali saya mahu menyekat sesiapa untuk berkawan. Saya masih berkawan dengan semua orang.

Sampai masa, kalau ada orang masuk meminang, saya kahwinlah. Memang tidak ada letak sebarang harapan.

Terdahulu, ada sesetengah netizen melabelkan Emma sebagai “playgirl” kerana sering berdalih tentang soal cintanya tetapi masih ingin memuat naik foto-foto mesra dan “sweet” bersama Kamal  dan lelaki lain.

Sumber Berita : Kosmo

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. aA

    May 22, 2018 at 2:16 pm

    Family maembong ne kalau tengok smua cantik2.. tapi sayang terlampau cheap sangat. Tengok je adik dia. Dah macam hidup laki bini. Emma perasan hot.

  2. fit

    May 22, 2018 at 12:50 pm

    nmpk sngt selama ni yg bcinta ngn ngko, x de pun yg try masuk meminang.huu
    sian..

  3. wekkkkkkk

    May 22, 2018 at 12:11 pm

    kalau ada org masuk meminang saya setuju..ini ditujukan pada org2 “yg dia kenali ” tu je..org yg x kenal..masakan mau setuju.

  4. kk

    May 22, 2018 at 11:51 am

    ko ni seronok dijadikan gf aje tapi kalau buat bini mmg sah2 laa lelaki tu kena pikir 40x. dgn tergedik sane sini, amek gmbr dgn lelaki yg timbulkan syak wasangka peminat2 last2 semua kena game aje dgn minah ni. abes tu semua for fun? mcmane laa tak asek couple break couple break aje kalau prangai makcik ni childish sangat?

  5. Ampunkan aku ya allah

    May 22, 2018 at 11:25 am

    Entah..berkawan ramai tak salah. Tapi emma ni macam bukan berkawan ramai tapi macam bercinta dgn 5 org dah gamaknya. Dari gambar2 bukan macam kawan2 tp macam kekasih2 gelap je semua hahahaha

Loading...
To Top