Kalau Ada Orang Masuk Meminang, Saya Kahwinlah – Emma Maembong

Hiburan

Kalau Ada Orang Masuk Meminang, Saya Kahwinlah – Emma Maembong

Walaupun mengakui beliau sudah tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Kamal Adli dan berstatus solo kini, kisah peribadi pelakon Emma Maembong masih lagi menjadi tumpuan peminat.

Advertisement

Mana tidaknya, beliau masih kelihatan sangat rapat dengan Kamal ibarat pasangan kekasih tetapi pada masa yang sama begitu mesra dengan lelaki lain sehingga pernah digosipkan bercinta dengan Alvin Chong.  Benarkah beliau tidak menjalinkan sebarang hubungan percintaan?

Saya solo. Tiada sesiapa pun yang istimewa. Lagipun, saya dah tak ada fikir ke arah itu (bercinta pada masa ini). Kalian selalu bertanyakan hal peribadi kepada saya, tetapi sekarang saya tidak ada pun yang nak dikongsikan.

Saya dengan Kamal memang masih berkawan. Kalau dia mengajak saya keluar, saya masih keluar walaupun tiada sebarang perhubungan istimewa. Tak pernah sesekali saya mahu menyekat sesiapa untuk berkawan. Saya masih berkawan dengan semua orang.

Sampai masa, kalau ada orang masuk meminang, saya kahwinlah. Memang tidak ada letak sebarang harapan.

Terdahulu, ada sesetengah netizen melabelkan Emma sebagai “playgirl” kerana sering berdalih tentang soal cintanya tetapi masih ingin memuat naik foto-foto mesra dan “sweet” bersama Kamal  dan lelaki lain.

Sumber Berita : Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...