“Kalau Ada Jodoh, Ada Lah” – Datuk Red Dedah Ada Lelaki Lain Cuba Dekati Adira, Akur Jika Tiada Jodoh

Hiburan

“Kalau Ada Jodoh, Ada Lah” – Datuk Red Dedah Ada Lelaki Lain Cuba Dekati Adira, Akur Jika Tiada Jodoh

Usahawan terkenal, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, mendedahkan bahawa terdapat seorang lelaki sedang menunggu masa mahu mendekati penyanyi itu.

Menerusi satu hantaran di TikTok, usahawan itu berkata dia reda sekiranya wanita yang pernah menjadi peneman hidupnya itu bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih berkemampuan.

Advertisement

dato red

 

Saya dapat laporan ada seorang individu yang betul-betul minat Adira. Dia tengah tunggu masa sesuai untuk ‘masuk jarum’.

 

Tak mengapalah, kalau tiada jodoh dengan saya. Lelaki itu berkemampuan, saya tidak.

 

Saya tak boleh tahan, Adira itu manusia. Kalau ada jodoh, ada lah.

Walau bagaimanapun, usahawan itu menegaskan dia tetap mengutamakan anak-anak andai dia dan bekas isteri dapat kembali bersama.

Kalau saya atau Adira berkahwin 10 kali pun, anak-anak tetap ada kami.

adira suhaimi

Enggan membiarkan emosinya menguasai diri, dia turut menegaskan dia akan terus berusaha untuk mengukuhkan ekonomi, sekali gus menstabilkan kehidupannya.

Baginya, sebagai ketua keluarga dia tidak mahu menyusahkan sesiapa terutama insan yang tersayang.

Selagi tiada itu (ekonomi kukuh) tidak mengapa, saya duduk (seorang) sampai akhir hayat saya pun tak kisah.

 

Saya tidur seorang diri, mati keras sendiri pun tak apa. Jadi, saya tak susahkan bekas isteri saya dan anak-anak.

Adira dan Datuk Red bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April 2024 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.

datuk red
3 months ago

"Saya Bebas Untuk Pilih.." - Pernah Beritahu Sentiasa 'Standby' Kalau Bekas Isteri-Isteri Mahu Kembali, Ini Jawab Datuk Red

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...