“Kalau Ada Impian Tersirat, Tak Akan Lari Gunung Dikejar..” Hans Isaac Balas Teguran Shahrul Shiro

Hiburan

“Kalau Ada Impian Tersirat, Tak Akan Lari Gunung Dikejar..” Hans Isaac Balas Teguran Shahrul Shiro

Kecoh di media sosial dua selebriti terkenal dengan aktiviti sindir-menyindir berikutan perbezaan pendapat dalam hal politik.

Shahrol Shiro Hans Isaac
3 years ago

Bertelagah Kerana Berbeza Fahaman Politik, Shahrol Shiro Balas Teguran Hans Isaac

Advertisement

Terbaru, pengarah dan pelakon Datuk Hans Isaac tampil membalas teguran pelawak Shahrol Shiro yang didakwanya telah menyindir pemilihan barisan kabinet baharu kerajaan menerusi sebuah hantaran video.

View this post on Instagram

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)

Hans kemudian menjelaskan perkara sebenar dan berkata dakwaan Shahrol jauh tersasar daripada niat sebenarnya apabila dia berkongsi video tersebut.

Tambahnya lagi, Shahrol tidak patut sewenang-wenangnya menyerang individu lain seolah-olah tiada pedoman sedangkan perkara tersebut boleh diselesaikan dengan berbincang secara baik.

Kepada sahabat saya Sharol Shiro, tenang-tenang saja. Kalau ada impian tersirat, tak akan lari gunung dikejar. Dalam norma baharu, amalkan duduk berbincang, bukan menyerang tanpa pedoman. Malaysia perlukan pemimpin yang terbuka. Mungkin anda sebahagian darinya. Masa akan beritahu.

Perkara tersebut dikongsi pelakon filem Baik Punya Cilok itu di laman Instagram bagi menjawab kembali nasihat serta teguran yang diberi Shahrol terhadap dirinya.

View this post on Instagram

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)

Terdahulu, Shahrol mendakwa video yang dimuat naik Hans ditujukan kepada Datuk Seri Ismail Yaakob di mana pemilihan kabinet dari kalangan orang yang sama adalah sebagai satu sindiran kepada Perdana Menteri ke-9 itu.

Namun, Shahrol sudah memadam hantaran berkenaan di Instagram miliknya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...