“Kalau Ada Gambar, Keluarkan..” – Beego Minta Beri Bukti Dikasari, Enggan Failkan Nusyuz Terhadap Isteri

Hiburan

“Kalau Ada Gambar, Keluarkan..” – Beego Minta Beri Bukti Dikasari, Enggan Failkan Nusyuz Terhadap Isteri

Pelakon, Beego meminta isterinya iaitu Linda Hashim untuk mengemukakan bukti dia pernah mengasarinya sepanjang mereka mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Mstar, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah berkata, dia bukanlah ingin mencabar namun dia yakin Linda tidak mempunyai sebarang bukti dan semua tuduhan itu sekadar satu bentuk provokasi terhadapnya.

Advertisement

linda hashim and beego

Kalau ada gambar, keluarkanlah. Saya bukannya mahu mencabar tapi saya tahu memang tak ada.

 

Saya tak pernah muat naik apa-apa foto sebelum ini. Kalau nak selesaikan secara baik, tak perlu provokasi orang ramai.

Dia mengulas perkara tersebut susulan satu gambar yang dimuat naik oleh Linda seolah-olah memberi bayangan dia pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

@lindahashim_hqsince 2016♬ original sound – LindaHashimHQ

Dia turut memaklumkan bahawa dia enggan memfailkan permohonan nusyuz meskipun Linda bertindak keluar dari rumah mereka sejak Oktober yang lalu.

Dia keluar rumah sejak bulan Oktober. Kalau nak cakap tentang nusyuz itu bukan saya malah saya sentiasa tunggu di rumah.

 

Saya tak minta peguam untuk failkan nusyuz atau gunakan isu ini sebab kita mahu selesaikan secara baik.

linda dan beego bercerai

Beego turut berkata dia akan sedaya upaya mencuba untuk mempertahankan rumah tangganya yang telah dibina sejak 12 tahun yang lalu.

Selepas dia failkan cerai saya tidak diberi ruang dan peluang untuk berjumpa. Dia cuba mengelak. Kali terakhir kami berjumpa adalah di mahkamah sebelum ini.

 

Kahwin 12 tahun, kalau nak selamatkan rumah tangga dalam tempoh setahun pun saya sanggup.

Sebelum ini, Linda telah memfailkan penceraian pada awal Januari lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

linda hashim nekad buka fail baru
2 hours ago

Linda Hashim Nekad Buka 'Fail Rahsia' Jika Beego Enggan Lafaz Cerai Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...