“Kalau Ada Cuti Je Kita Pergi Jakarta..” – Puteri Sarah Liyana Pilih Hidup Tenang, Enggan Lagi Dianggap ‘Menunggang’ Isu

Hiburan

“Kalau Ada Cuti Je Kita Pergi Jakarta..” – Puteri Sarah Liyana Pilih Hidup Tenang, Enggan Lagi Dianggap ‘Menunggang’ Isu

Pelakon Puteri Sarah Liyana kini lebih memilih untuk tidak terlalu lantang bersuara seperti dahulu, sebaliknya lebih selesa membawa diri dengan tenang.

Ketika ditemui media, Puteri Sarah atau nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia juga lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan salah faham mahupun dianggap cuba menunggang sesuatu isu.

Advertisement

Dulu lantang sebab ada isu, salah satunya isu Sarah. Sarah memperjuangkan hak wanita, hak Sarah dan ada kena-mengena dan kawan-kawan.

Jadi sekarang ni rasanya nak kurangkan sikit. Sekarang saya memilih ketenangan, saya memilih fokus. Fokus kepada kerjaya, fokus kepada bidang lakonan, fokus kepada perniagaan, fokus kepada anak-anak. Kalau ada cuti je kita pergi Jakarta.

Pelakon filem ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ itu turut menegaskan dia mahu terus mengembangkan kariernya dalam bidang lakonan dan tidak mahu dikenali kerana kontroversi.

Saya rasa malas sebab saya pernah menjadi satu isu besar dulu dan jadi perhatian. Sebenarnya, ada baik dan buruk juga bila jadi perhatian ni.

Kalau kita buat salah sikit je, kita akan dibicarakan. Jadi, sekarang Sarah rasa lebih baik hidup tenang. Tapi tak lari daripada industri, masih ada, masih ke sana ke sini dan masih aktif.

Kalau boleh tak nak nama terpalit lagi kontroversi, saya nak orang cakap, ‘Dia berlakon bagus, perniagaan dia bagus, bisnes dia bagus dan produk dia bagus’. Sebab kalau kita terlalu kontroversi sangat, salah sikit je orang nampak, akan jadi besar.”

Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-26 12:50:10

Abby Abadi Cuba Jodohkan Marissa Dengan Jejaka Ini, Netizen Beri Nasihat - "Jangan Kak Dia Ni Red Flag"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...