December 24th, 2019

Sehingga hari ini masih ramai yang terkejut dan mempertikaikan keputusan juara bersama Gegar Vaganza 6. Mula ada peminat yang berbalah dan meluahkan rasa kecewa mengapa artis kegemaran mereka, Naqiu Boboy tidak dinobatkan sebagai satu-satunya juara, sedangkan persembahannya pada setiap minggu memang terbaik dan konsisten.

naqiu boboy

Mengakui sedikit terkejut apabila diumumkan juara bersama Hady Mirza, Naqiu bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan pada malam final GV6 itu. Padanya, Hady juga seorang artis yang handal dan layak bergelar juara.

Yang terjadi sudah terjadi, tidak dinafikan kami berdua terkejut adakah pertandingan yang mempunyai dua juara. Namun, melihat kembali kepada Sukan Olimpik, pernah ada dua pingat emas dimenangi dalam acara yang sama. Ini bukan perkara mustahil.

naqiu boboy

Kalau ada enam juara pun saya okay. Saya berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Sudah tertulis rezeki untuk Naqiu dan Hady berkongsi gelaran juara. Apa yang penting adalah perjalanan karier mereka selepas GV6 berakhir. Semoga terus sukses.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Foto : Neon Pixel


8 responses to “Kalau Ada 6 Juara Pun Saya Okay – Naqiu Boboy”

  1. ilaali says:

    kan Naqiu, Hady Mirza.. pelik lah korang ok jer, dah buat sehabis baik, enjoy perform atas stage & dapat jadi Juara pulak tu dngn menang hadiah terbaik tp tah apasal yg lain2 pulak yg meroyan, kecoh.. haha. bebel2 maki hamun mengutuk last2 dapat dosa free jer… kesian betul

  2. Anonymous says:

    Tak boleh Naqiu. Persembahan dan vokal kamu lagi menyerlah masa final. Juara only u. Not fair!

  3. Anonymous says:

    dah layak bgi zakat..

  4. Anonymous says:

    statements bagi menyedapkan hati di belakang. Dlm hati..mana mgkn !!!!!!!!!!!!
    rm100,000.000 bahagi 6 sorang = 16,000.00…cukupkah..berbaloikah..

  5. benak says:

    Kalau Ada 6 Juara Pun Saya Okay … JANJI SAYA JUARA!

Loading...