Baru-baru ini, melalui laporan Conde Nast Traveler Reader’s Choice Awards 2024, negeri yang terletak di Kedah iaitu Pulau Langkawi berjaya menduduki di dalam senarai Top 10 Pulau Terbaik di Asia.
Difahamkan, pulau tersebut menduduki tangga kedua dalam senarai pulau terbaik di Asia selepas menerima undian dari pembaca penerbitan pelancongan terkemuka tersebut.
Boleh dikatakan Langkawi dipenuhi dengan gabungan pantai bersih, hutan hujan yang subur dan disebabkan adanya pulau-pulau lain seperti Pulau Dayang Bunting, ia menambahkan lagi keindahan destinasi terbabit.
Bukan saja menawarkan permandangan yang cantik, malah Langkawi juga menawarkan pelbagai resort dan hotel mewah yang boleh memberi pengalaman luar biasa buat pelancong.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) iaitu Datuk Haslina Abdul Hamid meluahkan rasa bangga dengan pencapaian yang dimiliki ini.
Pencapaian yang luar biasa, mencerminkan dedikasi kami terhadap pelancongan lestari dan usaha memelihara Geopark UNESCO yang unik di Langkawi.