Difahamkan dari laporan Bloomberg, Ringgit Malaysia (RM) mencatatkan prestasi luar biasa terhadap Dolar Amerika Syarikat (USD), manakala Dolar Singapura di tempat kedua.
Menurut laporan, dalam masa sebulan, nilai Ringgit Malaysia meningkat dan diperdagangkan sebanyak RM4.3465 untuk setiap USD1 dan ia telah turun sebanyak 6.63% dari nilai sebelum ini.
Dalam pada masa yang sama, Dolar Singapura mencapai tahap tertinggi untuk tempoh 10 tahun, didorong oleh dasar monetari yang relatif lebih agresif dari Monetary Authority of Singapore (MAS) dan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve Amerika Syarikat.
Difahamkan, antara faktor kenaikan Ringgit Malaysia disebabkan kestabilan politik domestik, pemulihan ekonomi yang kukuh serta harga komoditi yang lebih stabil.
Menurut Bloomberg, ketika ini Dolar Singapura berada di kedudukan kedua terbaik di Asia, selepas Ringgit Malaysia.