Abang Nara ada iPad 2. Dalam iPad 2 tersebut, penuh dengan game-game yang wife Abang Nara main. Abang Nara agak malas nak online guna iPad sebab sukar nak menaip ketika “search†info. Lagi-lagi bila sebelah tangan sedang membuai si anak yang comel.
Bukannya tak ada “app search†kat iTunes. Ada tue ada tapi kebanyakannya tak support Bahasa Malaysia. Semuanya omputih je. Tak sesuai dengan keperluan Abang Nara. Cari punya cari, Abang Nara terjumpa dengan app “Dragon Search†kat iTunes.
Abang Nara mula-mula agak skeptical apabila app “Dragon Search†ini menyatakan Bahasa Malaysia adalah salah satu bahasa yang disupport. Sekejap je nak install sebab sizenya yang agak kecil. Tak sampai 2 minit “Dragon Search†sudah berada di dalam iPad 2 Abang Nara.
Mari sini Abang Nara terangkan sedikit cara penggunaan app “Dragon Search†ini. Langkah pertama ialah untuk pergi ke setting sebelum memulakan carian anda.
Selepas itu, skrin di bawah akan keluar. Langkah kedua yang anda perlu lakukan ialah menukar bahasa carian.
Nanti akan keluar banyak gila pilihan bahasa. Langkah ketika ialah memilih bahasa mana yang anda mahukan. Untuk Abang Nara, sudah tentu Abang Nara pilih bahasa Malaysia.
Dan langkah seterusnya ialah kembali ke menu asal dan mula membuat carian anda. Senang je nak buatnya. Hanya perlu tap and speak. Easy measy sangat.
Kalau tak bagi contoh korang tak berapa faham jugak kan? Di bawah ialah screenshot beberapa hasil carian Abang Nara. Memang mantap “Dragon Search†ini dapat mengesan apa yang Abang Nara cakapkan dengan tepat sekali. Hasil carian pun sangat relevan.
Cool kan? Mungkin korang beranggapan Abang Nara try banyak kali baru dapat hasil yang jitu. Tidak sama sekali!!! Untuk membuktikan kehebatan app “Dragon Search†ini, Abang Nara dah rakamkan video untuk korang. Tak ada editing punya!!!
Kagum kan? Jangan kagum je tapi tak download. Abang Nara sekarang tengah fight dengan Budiey untuk tengok pembaca manakah yang paling banyak download app “Dragon Search†ini. Pembaca Budiey kena download app “Dragon Dictation†sementara pembaca BeautifulNara kena download app “Dragon Searchâ€. Pembaca mana yang lebih banyak download, dialah yang akan menang.
App “Dragon Dictation†yang Budiey promote pun best jugak. Hanya perlu bercakap untuk menulis nota. Tak perlu taip-taip. Memang menjimatkan masa. Kalau tiba-tiba idea datang, mulakan app Dragon Dictation, cakap idea tersebut dan ianya akan dirakam dalam bentuk tulisan. Yang penting ianya support Bahasa Melayu. Mantap kan?
Peraduan mudah ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Caranya senang sahaja. Cuma perlu download app “Dragon Searchâ€, buat carian yang kreatif dan hantarkan screenshot ke email [email protected]. Pastikan carian yang dibuat tidak berunsur perkauman, lucah dan tidak sesuai. Keputusan hakim adalah muktamad dan hadiah yang diberi tidak boleh diminta tukar ganti dengan hadiah lain. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 7 Disember 2012.
Gambar-gambar di atas adalah contoh carian menggunakan “Dragon Search†yang Abang Nara lakukan. Kreatif tak? Abang Nara tahu pembaca BeautifulNara lebih kreatif daripada Abang Nara. Jangan lupa sertakan nama penuh dan email yang boleh dihubungi sebab pemenang akan dimaklumkan menerusi email.
So jangan lupa untuk bantu Abang Nara memenangi pertandingan dengan Budiey. Download app “Dragon Search†sekarang dan hantarkan screenshot anda hari ini jugak. Abang Nara pasti korang pun akan tersenyum manja macam Abang Nara selepas menggunakan app “Dragon Search†di iPhone dan iPad anda.
P.S: Kalau korang nak tahu pasal Budiey punya Dragon Dictation, bolehlah klik sini.
P.P.S: Hadiah misteri itu ialah USD100 iTunes credit. Jom join jom. Dapat duit leh shoppping semua app di iTunes nanti.