Kalau bercakap pasal barista di kafe, pastinya ramai yang akan terbayangkan babak di dalam drama-drama Korea yang sedang hangat sekarang. Antaranya drama ‘Coffee Prince’ yang pernah trending satu ketika dahulu.
Tapi secara realitinya, barista dari Malaysia juga tak kurang hebatnya! Baru-baru ini, Irvine Quek seorang barista Malaysia telah memenangi World Latte Art Championship 2019 di Korea Selatan. Yang membanggakan, dia telah menjuarai untuk dua tahun berturut-turut!
Irvine Quek telah berjaya menumpaskan pesaingnya dari Korea Selatan pada pusingan akhir dengan perbezaan 10 mata.

Kalau tengok pada seni latte yang dilakukan, memang power! Tak sangka seni yang dihasilkan itu hanya menggunakan latte sahaja dan bukannya dibuat pada kanvas.







