Selepas persembahan Peluang Kedua di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35, Nabila Razali tidak putus-putus menerima sokongan daripada rakan artis. Walaupun sedikit ‘terkucil’ di bahagian korus, mereka memuji semangat yang ditunjukkan penyanyi muda ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sesal Separuh Nyawa, Datin Alyah menganggap kekalahan Nabila Razali pada malam itu adalah kekalahan seorang serikandi. Katanya, Nabila kalah bermaruah kerana telah menjalankan tugas dengan sehabis baik.
Dia kalah bermaruah
View this post on Instagram
Salam subuh. Terpanggil utk bercakap tentang adik kita yang lawa dan peramah ni (banyak kali jumpa dia akan sapa kita dulu)
Kalah seorang serikandi. Dia kalah bermaruah. Dia jalankan tugas dia dengan sehabis baik. Seumpama dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul. Bukan pedang tu yang harus kita lihat. Tapi keberaniannya turun ke medan perang itu yg harus dipandang.
TAHNIAH adik @nabila.razali
Berasa terpanggil untuk bercakap mengenai isu hangat ini, Alyah memuji keberanian Nabila yang digambarkan seperti turun ke ‘medan perang’. Dia menjelaskan bukan pedang yang patut dilihat tetapi keberaniannya.
Pandang positif
View this post on Instagram
Pandang positive. Kamu lebih diingati dari yang lain. Bukti sampai ke hari ini semua masih bercakap mengenai kamu (tak kisahlah buruk atau baik). Cuma nak tanya je? Siapa yang membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka…
Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Situasi berbeza dipentas yang sama. Sekian terima kasih…
Malah, dia memohon Nabila melihat perkara ini dari sudut positif di mana penyanyi Peluang Kedua lebih diingati daripada orang lain. Kata Alyah, pihak tertentu perlu lebih peka kerana dia juga pernah mengalami situasi yang sama sebelum ini.