Baru-baru ini, selebriti terkenal iaitu Noor Neelofa telah memuat naik hantaran video di laman TikTok miliknya yang mendedahkan jumlah duit raya yang diperoleh anak lelakinya, Muhammad Bilal.
Menerusi video tersebut, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz dilihat sedang mengira jumlah duit raya yang diterima sepanjang seminggu menyambut hari Raya iaitu sebanyak RM14K.
Dalam pada itu, pasangan itu turut tidak lupa untuk mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pemberi duit raya tersebut.
Duit raya Bilal, alhamdulillah jazakallahukhair.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan meraih 1M tontonan, 93.7K tanda suka, dan 3.4K komen di laman TikTok.
@neelofa
Meninjau di ruangan komen, rata-rata penonton turut memberikan pelbagai respon dan ada yang terkejut melihat jumlah keseluruhan yang diperoleh si cilik itu.
Dia punya duit raya kalah duit orang yang dapat duit KWSP. – Netizen.
“YaAllah 14K duit raya dia . Rezeki bilal,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.