Bekas bapa mentua kepada bekas ratu cantik negara Shakila Saiful, Ustaz Engku Fadzil dilihat ada membuka tabung sumbangan gara-gara kalah kes saman fitnah terhadap bekas menantunya itu.
Difahamkan, tabung itu dibuka kepada awam bagi membiayai kos guaman peringkat rayuan dan memerlukan sebanyak RM60,000 yang perlu dibayar berperingkat.
Ustaz Engku dengan ini membuka ruang kepada sesiapa yang sudi dan mampu untuk menyumbang kepada kos guaman peringkat rayuan ini yang kesemuanya berjumlah RM65,000 yang mana RM5,000 telah dibayar oleh Ustaz Engku sendiri menjadikan jumlah yang perlu kepada bantuan setakat hari Jumaat 25 Oktober 2024 adalah sebanyak RM60,000 yang dibayar mengikut peringkat.
Terdahulu, Fadzil telah memulakan saman terhadap Shakila yang mengatakan bekas menantunya telah memfitnahnya untuk menggugurkan kandungan selain ingin menjatuhkan reputasinya.
Mahkamah mendapati Fadzil gagal membuktikan kes dan seterusnya Shakila telah membalas saman atas sebab penipuan dan salahnyataan.
Mahkamah mendapati Shakila berjaya membuktikan kes terhadap Fadzil dan bekas suaminya, Engku Fakhruddin di mana kedua-dua mereka didakwa telah memanipulasi Shakila dengan mengatakan Fatwa Negeri Perlis dan Pahang membenarkan perbuatan menggugurkan kandungan tersebut.
Shakila dalam keterangan memaklumkan dia telah mengalami depresi yang teruk sehingga berniat membunuh diri dan segala kenyataan di media sosial adalah cerita benar dan bukannya fitnah terhadap Fadzil dan bekas suami.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.