Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur memerintahkan pelakon dan pengacara, Amelia Henderson untuk membayar RM213,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan A Aida Production Sdn Bhd.
Jumlah tersebut merangkumi kos deposit, ganti rugi am fitnah, ganti rugi kos penggambaran dan kos tindakan dengan faedah lima peratus tahunan.
Hakim Zulqarnain Hassan turut memutuskan agar Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson meminta maaf serta memadam video yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat terbabit.
Perbicaraan kes ini bermula pada 1 November tahun lalu di mana seramai 3 saksi daripada plaintif termasuk Datuk A Aida sendiri manakala 3 saksi defendan termasuk pelakon berusia 28 tahun itu telah memberi kenyataan.
Pengurus produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad, 42, ketika perbicaraan berlangsung memberitahu mahkamah bahawa syarikat itu terpaksa menanggung kerugian disebabkan Amelia melanggar perjanjian.
Bagaimanapun, aktres itu tetap menafikan telah melakukan perkara yang disebut ketika menerima tawaran membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Dalam pada itu, A Aida menitiskan air mata selepas menang kes saman ini dan akui berasa lega kerana yakin dia berada di pihak yang benar sejak awal lagi.
Alhamdulillah, kemenangan ini berlaku sempena bulan Ramadan. Saya tahu memang saya berada di pihak benar kerana ini membabitkan kontrak.”
@xtra_my Replying to @halizaliza710 Wah.. senang hati Dato A Aida menang kes saman pelakon cantik Amelia Henderson ? #fyp #xtramy #ameliahenderson #bayar #saman #aaidaproduction #kalah #mahkamah #beritaditiktok #sembangentertainment ?: @Melodi