Kalah Kes Mahkamah, Punca Sajat Lari Ke Makkah?

Hiburan

Kalah Kes Mahkamah, Punca Sajat Lari Ke Makkah?

Menganggap dia mempersendakan agama, isu Nur Sajat mengenakan telekung ketika berada di Tanah Suci sehingga hari ini masih lagi menjadi perbualan hangat di media sosial. Kali ini, ramai yang tidak boleh bersabar dengan tindakannya yang sudah mencemarkan tempat ibadah yang sangat suci untuk umat Islam.

Advertisement

Pelbagai spekulasi dan berita timbul mengenai kontroversi tersebut, terbaru timbul dakwaan mengatakan Sajat sebenarnya lari ke Makkah selepas dia kalah kes saman bernilai hampir RM200,000. Betul ke?

Sajat kalah kes saman hampir RM200k

Terdahulu, salah satu stokis perniagaannya yang dikenali sebagai OWA Resources telah memfailkan satu saman sivil bernilai hampir RM 200,000 terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd yang dimiliki oleh Sajat kerana gagal membekalkan produk bengkung dan ‘girdle” yang telah ditempah dan dibayar oleh stokis itu pada Februari dan April 2018.

Menerusi laman Facebook, Nurwati Hussin selaku plaintif dalam kes tersebut mengakui apa yang berlaku membuatkan dia mengalami tekanan perasaan. Ini kerana, Sajat t turut mengemukakan saman tuduhan pecah amanah terhadapnya tanpa bukti yang kukuh.

Namun, selepas hampir dua tahun turun naik mahkamah Nurwati meluahkan rasa syukur akhirnya tuntutan dari OWA Resources diterima mahkamah dan Sajat telah diarahkan untuk membayar pampasan seperti yang telah diputuskan oleh hakim. Ini sekaligus membuktikan tuduhan Sajat sebelum ini adalah fitnah semata-mata.

Tidak lama selepas kontroversi kes tersebut, Sajat dilihat menunaikan umrah dan seakan cuba untuk “mereka” cerita baharu dengan memuat naik foto dirinya memakai telekung di Tanah Suci. Dikatakan lari ke Makkah selepas mengetahui dia kalah kes tersebut.

Difahamkan, ketika kes kemenangan Nurwati dibacakan di mahkamah, Sajat tidak hadir untuk mendengar keputusan tersebut dan hujah daripada hakim.

Sumber Berita : Nurnilam Sari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...