“Kalah Gaji Pegawai” – Peminta Sedekah Warga Asing Raih Pendapatan RM2,300 Sehari

Kehidupan

“Kalah Gaji Pegawai” – Peminta Sedekah Warga Asing Raih Pendapatan RM2,300 Sehari

Seorang wanita warga asing menjadikan sehelai tudung sebagai ‘modal’ meraih simpati orang ramai telah membuahkan hasil apabila pendapatan diraihnya melebihi gaji seorang pegawai kerajaan.

Menurut laporan Kosmo, warga asing itu yang menyamar sebagai peminta sedekah di sekitar Seremban, Negeri Sembilan telah meraih kutipan sebanyak RM2,300 sehari.

Advertisement

Bukan itu sahaja, menerusi satu hantaran status seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhamad Reza Khalili Khalil, dia juga turut menyamar beragama Islam dengan memakai tudung.

peminta sedekah

Kaya jadi peminta sedekah, kalah gaji pegawai. Bila disuruh mengucap, geleng kepala, bila tanya Islam, geleng kepala juga.

Berdasarkan hantaran tersebut, pendapatan harian peminta sedekah berkenaan mencecah RM2,300. Malah, pendapatan harian dicatit pada buku catatan bagi tahun 2021 sebanyak RM2,100 dan bagi tahun 2022 telah meraih RM2,050.

Agakya warga Seremban pemurah, ya rakyat Malaysia memang pemurah.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi dan ada juga yang menyifatkan rakyat Malaysia sebagai pemurah.

“Kalau sehari dapat RM2,300, sebulan berapa pula,” tulis seorang netizen.

“Kita sedekah boleh dapat pahala, dia menipu dapat dosa, mudah,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

TikTok pengantin tong gas
3 years ago

"Berat Semacam.." - Keluarga Gelak Sakan, Pengantin Baru Ini Tak Sangka Dapat Hadiah 'Istimewa'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...