Sedia maklum, Mas Idayu selamat disatukan dengan pasangannya iaitu Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada tanggal 16 September 2022, semalam.
Perkara yang menarik perhatian ramai adalah busana pengantin yang dikenakan oleh Mas Idayu semasa majlis persandingannya itu kerana kelihatan unik dengan veil terapung.
Menurut perancang perkahwinan serta pereka busana terbabit iaitu Anas Abdullah, terdapat 18 biji belon telah digunakan bagi menerbangkan veil yang dipakai oleh penyanyi terbabit.
View this post on Instagram
Majlis tersebut dianggarkan hadirnya 320 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak berserta rakan selebriti, media dan juga kenalan rapat.
Biarpun Anas memberitahu ingin menjadikan perkahwinan Mas Idayu sebagai ‘Wedding Of The Year‘, netizen mempunyai pandangan yang berbeza pula apabila melihat wanita terbabit memakai veil seperti itu.
Menurut sesetengah netizen, veil berterbangan seperti itu seakan-akan berlebihan untuk dipakai oleh Mas Idayu atau mesra dipanggil sebagai mummy.
Malah, mereka merasakan usia penyanyi dangdut tersebut tidak sesuai untuk mengenakan busana yang bertema sedemikian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
anonymous
September 18, 2022 at 9:25 am
woi kain kapan gantung belon ada ka
Anonymous
September 17, 2022 at 7:28 pm
ok laa tu.. ttup aurat elok ja pun..
Lala
September 17, 2022 at 7:18 pm
wow…so what lah…wedding dia.. dia ada duit.. dia nak happy.. it’s a special dia… maigaddd…
Anonymous
September 17, 2022 at 4:24 pm
Aduhhhh .biarlah dia nak pakai apa. Itu hak dia .lagipun ini kan pertamakali majlis persandingan dia pun nak merasa gak .walaupun pernah kawin sebelum ni .cuna dulu x ada majlis sebab kawin sorok
Anonymous
September 17, 2022 at 1:25 pm
Hmm mmg dah perangai dia sejenis over the top.. segala2 buat pun over..apepun tahniah acik mas idayu n husband.. smg bahagia ke akhir hayat…