Kakitangan Kerajaan Berkhidmat Sebagai Staff Kontrak Selama 15 Tahun, Akan Diserap Ke Jawatan Tetap Mulai Julai Tahun Ini

Trending

Kakitangan Kerajaan Berkhidmat Sebagai Staff Kontrak Selama 15 Tahun, Akan Diserap Ke Jawatan Tetap Mulai Julai Tahun Ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka peluang kepada pekerja kontrak kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun untuk diserap ke dalam perkhidmatan tetap bermula Julai tahun ini.

Advertisement

Beliau berkata perkara itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 15,000 kakitangan kontrak kerajaan di seluruh negara dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Pada masa ini kita masih dalam proses pemilihan dan terdapat beberapa aspek yang akan dilihat, khususnya dari segi disiplin dan kesihatan pegawai kontrak berkenaan.

“Penyerapan ke jawatan tetap terbuka kepada kakitangan gred rendah hingga gred profesional bagi semua jawatan dalam kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Entulu berkata SPA menerima 1,385,460 permohonan di seluruh negara dalam tempoh Januari sehingga Julai tahun ini.

“Daripada jumlah itu 77,349 pemohon dipanggil temu duga dan jumlah yang hadir pada temu duga hanya 44,175 pemohon. Setakat ini 9,506 orang calon dilantik dan menerima surat tawaran dalam pelbagai sektor kerajaan,” katanya.

Beliau berkata daripada 1,385,460 pemohon, sebanyak 168,628 adalah pemohon dari Sabah dan daripada jumlah itu sebanyak 4,939 dipanggil temu duga dan 746 calon dilantik ke pelbagai jabatan.

Mengulas mengenai Karnival Kerjaya dan Outreach SPA itu, Entulu berkata ia akan memberi manfaat kepada pemohon pekerjaan di Sabah bagi mempersiapkan diri untuk memasuki alam pekerjaan dalam pelbagai sektor.

“Pada karnival ini pegawai SPA akan memberi taklimat kerjaya beserta tips menghadiri temu duga dan peperiksaan yang dikendalikan oleh SPA.

“Ini penting kerana antara faktor utama yang menyebabkan seseorang graduan tidak mendapat tawaran pekerjaan walaupun mempunyai akademik yang cemerlang ialah tiada keyakinan, penampilan diri tidak menarik semasa temu duga atau tidak menepati ciri-ciri pekerja yang diperlukan,” tambah beliau.

Beliau berkata antara aktiviti utama yang diadakan pada karnival berkenaan ialah ceramah kerjaya dan panduan temu duga kepada para pelajar di Sabah serta pemohon pekerjaan dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Selain itu terdapat pelbagai agensi kerajaan yang lain turut serta bagi mempamerkan fungsi dan peranan mereka kepada orang awam. Antara agansi berkenaan ialah Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...