Kakitangan FAMA Didenda RM10,000 Kerana Kutuk Bos Di Media Sosial

Berita

Kakitangan FAMA Didenda RM10,000 Kerana Kutuk Bos Di Media Sosial

Seorang kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka hari ini selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik terhadap bekas pengarah jabatan itu di media sosial dua tahun lalu, memetik laporan Kosmo Online.

Tertuduh, Adi Ariff Ahmad, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan, Adi menggunakan akaun X ‘Senatorrr Antonio Samad’ untuk memuat naik hantaran berbaur jelik pada 11 Oktober 2023 di Jasin, antaranya menyentuh integriti bekas pengarah FAMA Melaka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan menanggung isteri dan empat anak. Pendakwa SKMM, Nazrul Nizam Mohd. Zameri, memohon hukuman setimpal selari dengan trend semasa.

Mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gesa siasat kpm,
1 day ago

"Mereka Mat* Dalam Keadaan Berhutang PTPTN, Bukan Orang Beriman" - Cikgu Fadli Gesa KPM Siasat Guru Biadab Hina Kematian Pelajar UPSI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...