Kakitangan Awam Pulau Pinang Nikmati Bonus Setengah Bulan Gaji

Trending

Kakitangan Awam Pulau Pinang Nikmati Bonus Setengah Bulan Gaji

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM700 untuk kakitangan awam negeri.

Advertisement

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2017 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri berkata bayaran bonus itu akan dibuat bulan depan.

Beliau berkata pembayaran bonus kepada 4,178 penjawat awam negeri itu melibatkan peruntukan sebanyak RM4.19 juta.

“Diharapkan bayaran bonus ini akan meningkatkan semangat mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi pada tahun mendatang,” katanya.

Selain itu beliau berkata kerajaan negeri juga akan memberikan bayaran tambahan sebanyak satu perempat gaji kepada penjawat awam yang tidak mengambil cuti sakit swasta melebihi 4 hari sehingga November 2016 sebagai insentif kehadiran kerja.

Lim berkata pemberian bonus RM300 seorang akan turut diberi kepada penyelia dan guru KAFA, guru sekolah agama rakyat, guru sekolah menengah agama rakyat dan guru serta staf sekolah persendirian Cina.

Beliau berkata guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam negeri Pulau Pinang pula akan menerima bonus RM200 seorang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.