Seorang wanita terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba setelah kakinya terperosok masuk ke dalam penutup longkang kerana leka melihat telefon bimbit di Jiangyou, wilayah Sichuan.
Disebabkan orang yang lalu-lalang tidak berjaya mengeluarkan kaki wanita itu, anggota bomba dipanggil untuk membantu. Sewaktu mereka sampai, kaki kiri wanita itu telah menjadi kebas kerana tersekat pada dua palang penutup longkang itu dan tidak dapat bergerak.
Anggota bomba telah menggunakan peralatan menyelamat untuk membuka palang tersebut disebabkan wanita itu masih tersekat. Setelah lima minit, kakinya telah dilepaskan dari ‘perangkap’ itu namun dia mengambil masa untuk kebas tersebut hilang. Komen seorang Netizen kepada cerita itu:
Saya rasa menjadi kurus bukan selalunya elok.
#puasatime Terima kasih kepada rakan #hmlive Khairul Zulkarnain Hassim hantar video ini untuk dikongsi.>> Kata Khairul…
Posted by Harian Metro * myMetro on Tuesday, 23 June 2015