6 Aplikasi Photo Editor Terbaik ‘Wajib Ada’ Dalam Iphone Untuk Si Kaki Selfie

Teknologi

6 Aplikasi Photo Editor Terbaik ‘Wajib Ada’ Dalam Iphone Untuk Si Kaki Selfie

Bagaimana anda memilih aplikasi untuk mengedit gambar yang terbaik untuk iphone anda? Dengan lambakan aplikasi di Apps Store pada hari ini, membuatkan pengguna Iphone sukar memilih aplikasi terbaik untuk mengedit gambar mereka.

Advertisement

Dalam artikel ini, anda akan ketahui 6 Aplikasi Photo Editor Terbaik yang wajib ada dalam Iphone anda.

#1 Snapseed

Snapseed merupakan antara aplikasi photo editing popular pada Iphone.Menawarkan ciri-ciri editing yang sangat mudah dan mempunyai banyak ‘tools’ untuk editing yang superb.

#2 VSCO

VSCO juga antara aplikasi photo editing yang popular.Aplikasi ini boleh menangkap gambar dan membuat editing pada waktu yang sama.Serta mempunyai banyak filters untuk editing yang superb.Tutorial untuk vsco boleh dilihat melalui hashtag #vscotutorial.

#3 Filterstorm Neue

Filterstorm Neue menawarkan banyak tools  untuk editing seperti dalam paparan desktop Lightroom dan Photoshop tetapi dalam versi mobile-friendly.

#4 Enlight

Enlight mempunyai koleksi tools untuk editing yang meluas, serta pemilihan kesan yang lebih aneh dan artistik untuk menghasilkan imej yang sangat kreatif.

#5 Mextures

Aplikasi ini  bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis tekstur, grain dan efek cahaya, tetapi setiap satunya boleh dilaraskan sepenuhnya dan anda boleh menggabungkan seberapa banyak yang anda mahu melalui ciri pelapis yang mudah digunakan.

#6 AfterFocus

Tanpa perlu menukar kepada Iphone 7, kini dengan hanya menggunakan aplikasi AfterFocus, anda boleh menghasilkan efek gambar persis Iphone 7. Silap hari bulan, ramai yang sangka anda ni photographer profesional dek kerana gambar anda yang cun!

Sama ada anda baru survey untuk aplikasi fotografi iPhone atau hanya mencari aplikasi editor foto baru untuk menambah koleksi anda, semoga senarai ini memberi anda inspirasi untuk mencuba aplikasi baru.

Formula rahsia untuk mengedit imej yang cantik adalah dengan hanya menggunakan beberapa aplikasi penyuntingan foto yang terbaik, dan belajar menggunakannya sebaik mungkin. Dengan cara itu, anda boleh menghasilkan hasil suntingan gambar yang terbaik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...