“Kaki Saya Menjadi Lebih Licin..” – Wanita Guna Kertas Pasir Cukur Bulu Kaki

Dunia

“Kaki Saya Menjadi Lebih Licin..” – Wanita Guna Kertas Pasir Cukur Bulu Kaki

Menjaga kebersihan dan kecantikkan diri perlu bagi wanita dan lelaki supaya kelihatan kemas dan bersih.

Terbaru, seorang wanita Britain yang juga pengguna Tik Tok menjadi tular apabila dia memuat naik video mencukur bulu kakinya menggunakan kertas pasir menggantikan pencukur biasa.

Advertisement

Menurut pengguna Tik Tok yang dikenali @jules490f, dia mendapat inspirasi melakukan aksi itu daripada beberapa wanita lain yang turut melakukan perkara sama. Video tersebut meraih 200,000 tanda suka dan mendapat pelbagai komen dari warga maya.

“Saya ada melihat video seorang wanita di TikTok  menggunakan kertas pasir 600 grit untuk mencukur bulu kakinya”.

Tambahnya, selama ini dia menggunakan pencukur biasa untuk mencukur kakinya dan hasilnya tidak memuaskan seperti kertas pasir.

“Saya meniru perbuatannya dan ternyata kaki saya menjadi lebih licin. Ia sangat hebat dan berhasil”.

Kaedah cukur menggunakan kertas pasir ini menerima banyak amaran kerana ia dikhuatiri boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan luka pada kulit kaki kerana digosok terlalu kuat.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...