Kaki Rasa “Terseksa” Apabila Memijak Lantai, Anda Mungkin Mengalami “Heel Spur”.

Trending

Kaki Rasa “Terseksa” Apabila Memijak Lantai, Anda Mungkin Mengalami “Heel Spur”.

Bangun pagi, bila kaki terutamanya tumit memijak lantai, terasa sakit yang tak terkata. Mula-mula, rasa mungkin sakit biasa. Tetapi lama-kelamaan makin menjadi pula sakitnya.

Advertisement

Menurut Doktor Zubaidi Hj Ahamd, mereka yang mengalami sakit kaki di bahagian tumit itu sebenarnya sudah ada mendakan kalsium di situ yang dinamakan sebagai ‘Heel Spur’.

“Mereka tidak tahu bahawa sebenarnya sudah ada mendakan kalsium di situ yang dinamakan sebagai ‘Heel Spur’. Ini yang membuatkan rasa sakit menyucuk-cucuk terutamanya bila berdiri dan berjalan,” katanya.

Berdasarkan pengalaman netizen, heel spur berpunca dari pemakaian kasut atau ‘heel’ yang tidak bersesuaian dengan kaki sehingga mendatangkan mudarat pada seseorang individu itu. Berat badan yang tidak sesuai juga dikatakan antara faktor penyebab heel spur.

Namun selepas mengurangkan berat badan dan memakai kasut yang bersesuaian, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan tetapi mengambil tempoh masa yang lama untuk sembuh.

Bagi mereka yang mengalami ‘heel spur’ ini, anda disarankan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang kemudian akan dirujukkan ke unit Fisio Terapi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...