Kaki Rasa Kejang Ketika Hamil, Ini 5 Cara Lain Hilangkan Kaki Kejang Tanpa Ambil “Supplement”

Trending

Kaki Rasa Kejang Ketika Hamil, Ini 5 Cara Lain Hilangkan Kaki Kejang Tanpa Ambil “Supplement”

Kaki kejang seringkali terjadi ketika hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini yang menyebabkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang.

Advertisement

Oleh itu, seorang doktor pakar sakit puan & perbidanan berkongsi tips bagaimana nak menghilangkan rasa kaki yang kejang yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan tanpa mengambil suplemen kalsium.

Suplemen kalsium sering digunakan untuk merawat kekejangan kaki tetapi ia tidak banyak membantu. Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk:

1. Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau joging) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.

2. Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.

3. Memakai stoking khas (pressure graded stockings) yang boleh dibeli di farmasi.

4. Meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah.

5. Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.

Suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.

Jika anda tidak mengambil suplemen kalsium secukupnya, bayi akan “mencuri” kalsium daripada ibunya. Ini menyebabkan tulang anda mengalami kehausan kalsium.

Ibu juga perlu terus mengambil suplemen kalsium sewaktu berpantang dan ketika menyusukan bayi kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan pil kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.

Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan.

Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000 – 1200mg kalsium sehari. Tetapi jangan makan kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.

Sumber : Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...