Kaki Judi Leka ‘Mengisi Masa Lapang’ Ditahan Polis

Kehidupan

Kaki Judi Leka ‘Mengisi Masa Lapang’ Ditahan Polis

Orang ramai dinasihatkan untuk berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Namun, masih ada yang berdegil apabila tindakan 25 orang lelaki yang leka berjudi di kebun kelapa sawit belakang Taman Bestari ditahan polis malam tadi.

Kesemua mereka berusia lingkungan 28 hingga 58 tahun merupakan warga tempatan manakala seorang warga Sri Lanka yang memiliki kad pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Advertisement

Apabila ditanya, mereka memberi alasan tiada aktiviti pada waktu malam sepanjang PKP dilaksanakan menyebabkan mereka berjudi dan berkumpul dengan rakan-rakan untuk mengisi masa lapang.

kaki judi

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah iaitu Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, serbuan tersebut dilakukan oleh anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah sekitar jam 11 malam.

Beliau juga menjelaskan pemain dipercayai mula memenuhi kawasan pondok kayu kecil di tengah kebun sawit seawal 7 malam dan aktiviti judi berakhir sekitar lewat tengah malam.

Tambahnya, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat orang awam dan aktiviti judi dipercayai berjalan hampir satu minggu. Ketika serbuan, sejumlah wang tunai RM 23, 608 turut dirampas selain 52 keping daun pakau, kanvas dan lampu pengecas semula.

“Kes disiasat mengikut seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan”.

Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...