Kaki Dah Semakin Sembuh, Azlan Typewriter Kongsi Perkembangan Terkini

Hiburan

Kaki Dah Semakin Sembuh, Azlan Typewriter Kongsi Perkembangan Terkini

Penyanyi, Azlan Typewriter baru-baru ini berkongsi perkembangan terkini tentang keadaan dirinya yang mengalami patah tulang kaki dan buku lali selepas tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki.

Azlan Typewriter
3 years ago

Azlan Typewriter Patah Kaki Kiri Dan Buku Lali, Tergelincir Semasa 'Hiking'

Advertisement

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, Azlan memberitahu bahawa keadaan kakinya kini sudah semakin sembuh.

Alhamdulillah kaki dah semakin sembuh. Simen tak pakai lagi dah, tapi kena pakai kasut Eskimo pula.

Baru-baru ini, Azlan atau nama lengkapnya Nor Azlan Rosle Sallehudin kelihatan sudah kembali bekerja selepas dia dilihat menghadiri sesi latihan untuk sebuah program nyanyian walaupun belum pulih sepenuhnya.

Menurut Azlan dalam kapsyen hantarannya itu, suaranya sedikit terkucil ketika sesiĀ soundcheck program nyanyian tersebut dan mungkin disebabkan sudah lama tidak berlatih ketika di rumah.

Azlan Typewriter

Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun itu turut menitipkan ucapan dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan dirinya agar kembali sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Sekadar info, Azlan mengalami kecederaan pada kakinya itu selepas tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki di Sungai Batangsi, Semenyih pada September lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...