Penyanyi, Azlan Typewriter baru-baru ini berkongsi perkembangan terkini tentang keadaan dirinya yang mengalami patah tulang kaki dan buku lali selepas tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, Azlan memberitahu bahawa keadaan kakinya kini sudah semakin sembuh.
Alhamdulillah kaki dah semakin sembuh. Simen tak pakai lagi dah, tapi kena pakai kasut Eskimo pula.
Baru-baru ini, Azlan atau nama lengkapnya Nor Azlan Rosle Sallehudin kelihatan sudah kembali bekerja selepas dia dilihat menghadiri sesi latihan untuk sebuah program nyanyian walaupun belum pulih sepenuhnya.
Menurut Azlan dalam kapsyen hantarannya itu, suaranya sedikit terkucil ketika sesiĀ soundcheck program nyanyian tersebut dan mungkin disebabkan sudah lama tidak berlatih ketika di rumah.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun itu turut menitipkan ucapan dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan dirinya agar kembali sembuh dan pulih seperti sedia kala.
Sekadar info, Azlan mengalami kecederaan pada kakinya itu selepas tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki di Sungai Batangsi, Semenyih pada September lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.