Semalam, seorang anggota polish Konstabel Nicholester telah disahkan meninggal dunia di tempak kejadian, manakala pemandu Lans Koperal Mohd Khairul Musa, 32 cedera parah.
https://amazingnara.com/kejar-perodua-myvi-anggota-polis-maut-selepas-kereta-terbalik/
Siapa tak kenal dengan sifat pemurah dan baik hati Ustaz Ebit Lew? Terkini, melalui posting beliau di laman sosial, beliau sempat menziarahi keluarga mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat dan singgah ke Hospital di Johor untuk menjenguk L-Kpl Mohamad Fadhirul.
Sayu sangat hati hari ini perginya seorang pejuang anggota PDRM Konstabel Nicholester Dadup Unggat.
Dan seorang lagi cedera parah L-Kpl Mohamad Fadhirul. Mereka kemalangan semasa mengejar penjenayah. Mereka kemalangan semasa mengejar penjenayah.
Kakaknya mendiang tadi kata, terharu sangat dan tak sangka ustaz datang ke sini. Saya ikut ustaz. Kakaknya menangis je tadi. Esok mendiang akan dibawa ke Sibu oleh PDRM semuanya.
Cita-citanya nak jadi polis. Baru berumur 20 tahun. Kakaknya nurse di hospital. Menangis je tadi. Sempat beri kata semangat dan ucap takziah dan sabar. Baik kakaknya.
Selepas itu ziarah seorang lagi anggota cedera parah. Isteri dan anak semua ada kawasan hospital. Sayu rasa. Menangis je isterinya. Allahuakbar..
Saya beri sumbangan Rm2ribu setiap keluarga. Tak terbalas perjuangan dan pengorbanan mereka. Semoga keluarga semua tabah.
Kejadian ini berlaku susulan kedua-dua anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Onn itu dilihat sedang mengejar sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki sekitar jam 6.24 pagi.
Difahamkan, kenderaan yang dinaiki polis berkenaan telah bergesel dengan kereta suspek sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Aruz sehingga menyebabkan MPV itu terbalik.
Sumber : Ebit Lew