“Kakak Yang Suruh Abang Buka Seluar Dan Tindih Dia”

Trending

“Kakak Yang Suruh Abang Buka Seluar Dan Tindih Dia”

Assalamualaikum. Ini pertama kali saya nak minta pendapat di sini, mohon siarkan ye. Ini bukan masalah tangga tetapi ini berkaitan dengan anak saya.

Advertisement

Saya ada anak dua orang, lelaki dan perempuan. Anak lelaki berusia 4 tahun dan yang bongsu 9 bulan. Saya ada ambil anak asuhan (perempuan) berusia 5 tahun.

Sebulan awal saya jaga budak itu, okay saja perangainya. Tetapi di bulan kedua, dia dah semakin tidak mendengar kata.

Semasa saya dan suami sedang makan, anak-anak saya dan anak asuhan itu bermain di bilik khas yang suami buatkan untuk tempat mereka bermain. Selesai kami makan, saya kemaskan meja dan budak perempuan itu tutup pintu bilik. Saya biarkan saja.

Selepas itu, sunyi saja dalam bilik itu. Saya tolaklah pintu bilik dan tengok dia tengah baring di tilam dia, nak buka seluar dia. Anak lelaki saya duduk di bawah kaki dia.

Saya marahlah dengan nada yang tinggi. Tanya mereka nak buat apa. Anak saya itu terus berdiri ketakutan. Saya tarik anak lelaki saya keluar.

“Nak buat apa?!”

“Kakak suruh abang buka seluar macam kakak. Kakak suruh tindih dia,” jawab anak saya.

Allahu, terkejut betul dengar jawapan dia. Teruk juga kaki dia saya rotan dengan hanger. Budak perempuan itu tutup bilik cepat-cepat. Saya tolak, marah-marah dia.

“Kenapa bawa anak aunty buat macam tu?! Siapa yang ajar?!!” lantang suara saya memarahinya. Mungkin satu blok boleh terdengar.

Suami yang terdengar terus datang dan marah anak kami.

“Ayah tak pernah ajar abang buat macam tu! Abang lelaki, dia perempuan, tak boleh buat macam tu!” kata suami.

“Kakak yang suruh,” jawab anak.

Teringin saja saya rotan budak itu tetapi anak orang, mana saya berani? Saya kurung saja budak itu sampai ibu dia datang. Nak beritahu ibu dia, takut ibu dia pula yang malu nanti.

Dua minggu selepas itu, baru semalam lagi kejadian yang sama berulang kembali. Dia suruh anak lelaki saya buka seluar, nak main hisap kemaluan anak saya.

Astaghfirullahalazim!

Saya hilang sabar, saya ambil hanger dan rotan mereka berdua.

“Mana kamu tahu semua ini?!” soal saya pada budak perempuan itu.

“Nampak mummy buat,” jawabnya.

Sebenarnya ibu dia janda dan tinggal bersama dengan teman lelakinya.

Luruh hati saya bila dia bawa anak saya buat benda yang tak senonoh itu. Teruk anak saya kena rotan oleh ayahnya. Padahal kami memang tahu yang anak kami memang tak bersalah dan tak pernah tahu benda-benda begini.

Suami juga rotan budak itu di kaki sambil marah-marah budak itu.

“Itulah mummy kau bodoh! Buat begitu di depan anak. Sekarang kau bawa anak uncle buat begitu,” kata suami.

Saya rasa dah tak nak jaga budak ini dan teringin nak beritahu si ibu tentang perangai anak dia. Sekarang, suami saya tak suka budak itu. Dia marah kalau budak itu berada berdekatan atau bercakap dengan anak kami.

Sumber : KRT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

15 Comments

  1. Mrs x

    February 24, 2017 at 8:58 pm

    Oh my…mf sy pun nk berkongsi cket.kisah sy sdr dan ank..

    Kt cn sy berani la nk share sbb xde nama kn…klu kt fb xmau sbb blh kuar nama kita kt komen…

    Thun lps sy hntr ank kt kwsn perumahan kos rendah..mak cik tu baik..sygkn budak2..tp kwsn sekiling tu nmpk mcm comot dan pelik(kwsn kejiranan yg agk sosial)…dia(pengasuh) srndiri pn penh bgtau dia kurg bercmpur dgn jiran2 dia sbb diorg agk lain dr segi perangai…ada yg ank bw blik jantan msuk ikt tepi tingkap…ada yg lepak smpi pg laki dan pempuan..mula2 nk hntr sy dh mula xsedap ht sbb tpikir kan nsib ank2 sy (wlupn pengasuh xpernah bw ank sy kuar dr rumah)

    Disebabkn sy dh xtau nk hntr kt mn+terdesak…sy hntr la jgk..penah sekali tu ms sy lepak2 dgn ank2 dlm bilik(mlm pas isyak lbh kurg) sy nmpk ank sy main2 puting susu dia.seolah2 mcm seronok…smbil senyum..utk pengetahuan ank pempuan sy br berumur 2thun lebih ketika itu…sy ulang…2thun lbh.. berderau darah sy…rs xsedap hati…sy tny ank sy ada x abg pegang dada? Dia ckp ada…dan dia siap lakonkan semula apa yg abg tu buat( tarik puting)..semalaman sy xtdo mlm tu sbb mikirkan apa yg “abg” yg dimaksudkn olrh ank sy tu buat pd dia…sy cite pd suami dan suami rs nk marah…tp sy msih pikir pjg sbb kami pun duk dkt2 jek..klu kami g serang dia(pengasuh) tanpa usul periksa kami jgk yg malu nnt…

    [email protected] pas kejadian lakonan semula ank sy tu…sy nekad nk tny pengasuh apa yg telah berlaku sbnrnya…dgn penuh sopan santun sy tny dia…dan dia ckp ada ank sedara dia yg suka kemam2 bibir kt tetek budak(termasukla ank sy dan itu dianggap sbg gurauan..) ya allah..luluhnya hati sy bila dgr mcm tu…sy sdr xpenah nk kemam puting ank sy…inikan pulak org lain yg xde kaitan pape dgn kami blh buat mcm tu kt bdk…sy xblh terima dan xsuka ank sy diperlakukan begitu.pd sy itu gangguan seksual…klu ye pn nk bgurau..g la buat kat ank sdr..jgn kt ank org lain..

    Skrg sy dh tukar pengasuh.alhamdulillah..pengasuh skrg nmpk lebih ok.lebih syg kn bdk dn jg solat..smg ank2 sy dan ank2 kalian terlindung dr segala mcm ancaman pornografi yg semakin menular dewasa ini..

  2. Sara

    February 23, 2017 at 2:08 pm

    Imzani, jangan salahkan mak dia? Mak dia J dan bersekedudukan dgn teman lelaki dlm 1 rumah. Buat projek dan anak nampak. Siapa lagi yg nak dipersalahkan? Mmg tak semua J tu jahat, ada yang baik tp dalam kes ni mak dia J yg tidak bertanggungjawab. Pengasuh pun kena beritahu dan maklumkan kepada mak dia. Kalau mak dia tak buat apa2 tindakan utk ubah diri dan kelakuan dan jika khuatir pembesaran budak tu dibwah jagaan mak dia, rasanya elok dibuat laporan. Biar menangis sekarang, jgn menangis di masa hadapan.

  3. MHZ

    February 23, 2017 at 1:11 pm

    bodoh jugak parents nih..yg ko pegi pukul budak2 yg taktau apa2 tu kenapa? didik la diorang..bg tau apa yg boleh apa yg tak boleh..dia tu kecik lagi tak pandai nak menilai baik buruk…apa yg diorang nampak itu yg dioarg belajar…

  4. Mcm2

    February 23, 2017 at 8:34 am

    Mak bodoh la tu syoq sdap2 ank nengok pwon x perasaan..dah la berzina…mmg keturunan x baik..jahanam la bdk tu besor kang klau dah duduk dlm situasi mcm tuh..ajar skit mak tu kasi kaunseling.

  5. Anonymous

    February 23, 2017 at 7:56 am

    Pernah terjadi jugak kat anak sy..apa yg sy buat sy bgtau mak bdk tu..n remind kat anak jgn buat lg..but it happen again..so this time sy slow talk kat anak perempuan tu..bgtau apa dia buat tu salah n if aunty jumpa skali lg aunty bw g balai polis..at the same time sy monitor x bole biarkan mrk main dlm bilik..so far alhamdulillah..mari kita bantu anak2 krn mrk blom mengerti..