Kakak Sulung Azmin Ali Disahkan Positif COVID-19, Kini Sedang Terima Rawatan

Trending

Kakak Sulung Azmin Ali Disahkan Positif COVID-19, Kini Sedang Terima Rawatan

Kakak sulung kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini disahkan positif COVID-19. Perkara ini disahkan sendiri menerusi perkongsian di Facebook milik adik beliau, Umi Hafilda Ali sebentar tadi.

Di dalam perkongsian itu, beliau mendedahkan kakak sulung mereka kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif. Adiknya memberitahu menerusi kapsyen tertulis “Berita sedih kak long saya positif COVID-19 dan kini di Hospital Sungai Buloh.”

Advertisement

Beliau turut memuatnaik satu lagi perkongsian lain, gambarnya bersama kakak sulung mereka itu. Selain turut mengharapkan orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dan ketabahan kakaknya berjauhan dengan keluarga untuk hari raya ini.

“Moga beliau tabah terpisah dari semua ahli keluarga menjelang Hari Raya sehari lagi.. Sad ..Hanya kuasa Allah swt mampu merubah segala yang mustahil dan menyembuhkannya.”

Setakat semalam, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 mencecah kepada 7,059 dengan penambahan 50 kes baru yang dilaporkan semalam. Manakala, mereka yang sembuh dan dibenarkan pulang adalah seramai 5,796 kes bersamaan 82.1 peratus jumlah kes.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...