‘Kakak Purdah’ Terkinja-Kinja Ketika Bersorak Cetus Kontroversi Di AJL 32 ?

Trending

‘Kakak Purdah’ Terkinja-Kinja Ketika Bersorak Cetus Kontroversi Di AJL 32 ?

Anugerah Juara Lagu 32 telah pun melabuhkan tirainya dan menyaksikan penyanyi berbakat besar Hael Husaini menjuarai anugerah itu dengan lagu taruhannya iaitu Jampi.

Advertisement

Setiap artis yang bertanding di sokong penuh oleh kelab peminat mereka tersendiri. Antara kelab peminat yang paling menonjol adalah kelab peminat Khai Bahar yang memenangi Anugerah Artis Piihan Samsung 2018.

Apa yang membuatkan kami tertarik dengan kelab peminat ialah apabila seorang peminat beliau yang memakai purdah bersorak kegembiraan tatkala tiap kali Khai menaiki pentas.

Hampir dua atau tiga kali kamera merakam telatah beliau yang berdiri menyorak kegembiraan demi artis kesayangan beliau.

Namun gelagat beliau mengundang persepsi negatif dari para netizen yang melihatnya.

Rata-rata netizen mengecam tindakan gadis berpurdah itu yang dikatakan telah menjatuhkan maruah golongan berpurdah di luar sana.

Jujur dari hati kami yang melihat dari sisi gambar ini juga kecewa melihat gadis ini berkelakuan seperti itu.

Seharusnya maruah seorang wanita itu tinggi nilainya dan seharusnya dipelihara dengan sebaik mungkin.Bukan dipermainkan sebegini rupa.

Selain itu,netizen juga turut bersuara mengenai persembahan Khai Bahar yang berunsurkan ‘Freemason’ dan tidak mempedulikan sensitiviti agama.

Kemunculan pelakon Iqram Dinzly di akhir program itu juga membuatkan netizen kurang senang dengan perbuatannya yang dianggap tidak bertamadun.

Malah mereka terkedu apabila Iqram tanpa malunya menari di pentas seperti hilang kewarasan.

“Kenapa AJL32 masukkan si Iqram yang viral sebab benda bodoh abadi yang dia buat? Anugerah seperti ini tidak sepatutnya masukkan unsur-unsur negatif tidak bertamadun itu.”

Namun begitu, hampir 95% netizen memberikan pujian terhadap anugerah Juara Lagu-32 kali ini yang mana kelihatan lebih kemas dan teratur.

Dengan dikelolakan oleh pengacara versatil Alif Satar dan Sherry Al-Hadad, anugerah itu berjaya lari dari genre kebosanan dan lebih meriah.

Semoga kemeriahan anugerah juara lagu tahun ini berlanjutan sehingga ke tahun depan dan pihak penganjur boleh mengambil kira sensitiviti yang dikeutarakan oleh netizen.

Yelah, tanpa netizen tiada lah penonton kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...