Kakak Pempengaruh ‘Sound’ Bekas Adik Ipar, Langsung Tak Kisah Tentang Anak – “Jadi Lelaki Bukan Sperm Je Kena Kualiti”

Trending

Kakak Pempengaruh ‘Sound’ Bekas Adik Ipar, Langsung Tak Kisah Tentang Anak – “Jadi Lelaki Bukan Sperm Je Kena Kualiti”

Kakak kepada pempengaruh media sosial bernama Jasmin Sopeah iaitu Jueliya meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap bekas adik iparnya.

Menerusi Instagram story, Jueliya menempelak sikap tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan kerana selepas bercerai dia didakwa langsung tidak ambil tahu tentang keadaan anaknya.

Advertisement

Difahamkan, anak saudaranya itu sakit baru-baru ini dan bapa kanak-kanak tersebut langsung tidak datang melawat dan bertanya tentang keadaannya.

Nak buat jahat. Fikirlah anak ni, kau ada anak. Jadi lelaki bukan sperm je kena kualiti. Harga diri, maruah dan tanggungjawab pun kena berkualiti.

Jasmin Sopeah

Jasmin Sopeah dan anak

Menerusi hantaran yang sama, Jueliya turut mendoakan anak buahnya bernama Faleeq itu akan dia disayangi dengan sepenuh hati oleh bapa barunya nanti.

Pempengaruh Jasmin itu pula turut memberi respon tentang luahan kakaknya dan berkata dia sudah reda dengan apa yang telah berlaku.

Tambahnya, dia sudah bersedia untuk memainkan peranan sebagai ibu dan juga bapa kepada Faleeq selepas bekas suami enggan mengambil berat.

Dari sini kita boleh nilai dia macam mana. I dont care anymore apa nak jadi lepas ni, pada aku. Aku lah ayah aku lah mak dekat anak aku.

IG story Jasmin Sopeah

Aliff Aziz tak sambut birthday anak
2025-07-14 12:52:22

"Birthday Anak Tak 'Wish' Ke Bro?" - Peminat Tunggu Ucapan Hari Jadi Aliff Aziz Kepada Ayden Dan Ara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...