Written by serenity | October 3rd, 2011

Orang cakap, majlis sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi.

Majlis resepsi Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang digembar-gemburkan bernilai RM 12 juta oleh pihak Rafflesia 28 September lepas menimbulkan kontroversi terbaru apabila kakak Norman Hakim yang bernama Norish Zaid telah mengeluarkan kenyataan tentang majlis tersebut, khususnya kepada chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan di ruangan komen portal berita MyNewsHub.

“Personally I felt a number of Chef Wan’s statements were a little bit too much. (Secara peribadi, saya merasakan beberapa komen Chef Wan sebagai agak keterlaluan). Especially ‘menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh & Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun. Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.’ IS ACTUALLY TOO MUCH”.

Sebenarnya kami agak pening dengan kesalahan tatabahasa Inggeris di komen tersebut, dan tertanya-tanya mengapa beliau tidak menggunakan bahasa Melayu saja.

Menurut Norish, mereka dan pasangan tersebut dilayan dengan baik oleh pihak penaja dan Rafflesia dari awal lagi memaklumkan bahawa majlis berkenaan sememangnya bertujuan untuk mempromosikan industri mutiara negara dan perkahwinan itu ke seluruh dunia.

They were actually served very well by Rafflesis’s group etc throughout the whole wedding preparation – In a Royal Suite for a couple of days & nights, no such thing as ‘diorang kena telanhjang terus, laa…!!!’….Rafflessia’s crews were all NICE PEOPLE specially selected to be the main SPONSORS…all the suits were taken care of perfectly well by the crews + the specially hired guards.

“I (as a concerned sister & as critical minded as chef wan—or may be more) had observed & analysed it myself…& we (family) were also made known earlier that the 12million is not actually for them, (kan dah buat completely dah 3 hari 3 malam di Tenggaroh) but for the WHOLE CEREMONY which is actually aimed to promote Malaysian Pearl Industry & Wedding to the whole wide world”

Seterusnya, menurut beliau:

“Norman & Sweet Memey r selected as their embassy after a number of job done & good record performed to this company long b4 this —tak salah kan? To help promote Malaysia? (see— MALAYs ..stop NEGATIVITY & jealousy-correct ur mind set, please!!!…(..or u r one of them after u’ve gone so far?” ujarnya mempersoalkan pihak yang mempertikaikan majlis tersebut.

“Correction-lagu tu, bukan lagu gereja….ahli choir tu, majority anak2 melayu kita dari satu club choir—- lagu2 tu, memang begitu syahdu; sedap (takkan nak nyanyi rock atau dangdut)….munkin Chef Wan nak lagu nasyid kot? atau tak pernah dengar Choir , kot? Dia hanya ingat choir hanya di gereja?.”

Pihak BeautifulNara ingin menampilkan satu artikel yang ditulis oleh pembaca kami (yang juga telah menulis kepada kami untuk memberitahu tentang kenyataan kakak Norman) yang menekankan beberapa poin yang gagal dilihat oleh kakak Norman Hakim berkenaan isu ini. Sila baca entri ini sepenuhnya untuk membaca tulisan tersebut.

  1. Isu yang ditimbulkan oleh Chef Wan dan orang ramai ialah nilai perbelanjaan majlis yang diuar-uarkan langsung  tidak menepati hasilnya. Kos perbelanjaan untuk majlis dilihat langsung tidak bernilai RM 12 juta, oleh sebab itu tidak dapat menandingi majlis perkahwinan mahal yang penah dilaksanakan sebelum ini oleh Dato’ Siti Nuhaliza misalnya yang majlisnya disiarkan secara langsung di TV3 dan majlis perkahwinan Mawi yang disiarkan di ASTRO. Apatah lagi majlis perkahwinan tersebut dicanangkan senagai ‘wedding of the year‘ oleh pihak penaja sendiri sejak awal sedangkan hasilnya belum kelihatan dan nilai yang tinggi itu sebenarnya bukan kos hangus untuk majlis. Bukankah lebih manis kalau gelaran ‘wedding of the year‘ diberikan oleh orang ramai? Ia seperti masuk bakul angkat sendiri bila penaja sendiri yang memberi gelaran tersebut.
  2. Chef Wan menggunakan ‘hyperbole‘ untuk menyampaikan satu maksudnya iaitu sut, gaun dan kasut tersebut hanya ‘dipinjamkan’, bukan diberi kepada pasangan yang ‘ditaja’ untuk mengatakan yang ianya satu ‘perbelanjaan’.
  3. Kenyataan untuk mempromosikan industri mutiara agak aneh kerana mutiara Rafflesia bukan diternak di Malaysia, sebaliknya dari negara China. Mungkin maksud beliau tajaan majlis resepsi tersebut untuk mempromosi industri mutiara China? Yang dijemput hanya 200 orang yang terdiri dari selebriti dan wakil-wakil media tempatan jadi kami tidak pasti dimanakah logik untuk mengatakan ianya untuk mempromosi mutiara Rafflesia ‘ke mata dunia’. Dan jika benar mahu promosi perkahwinan Malaysia ke mata dunia, bukankah lebih baik jika ianya menampilkan tema perkahwinan tradisional masyarakat Malaysia? Kami fikir adalah lebih baik Rafflesia memperbaiki laman web rasmi mereka yang ‘menyedihkan’ itu sekiranya mereka mahu dikenali di peringkat antarabangsa.
  4. Chef Wan tidak mengeluarkan kenyataan negatif tentang koir, malah beliau sendiri meminta pihak media untuk tidak mengkritik tentang persembahan koir.
  5. Isu-isu yang wujud di kalangan orang ramai juga ialah penampilan pengantin di majlis resepsi yang tidak seperti pengantin yang beragama Islam (gaun pendek yang mendedahkan). Ini bukan soal cemburu kerana ada majlis yang ditaja seperti majlis Mawi tetapi tidak menimbulkan isu yang sama.
  6. Satu lagi isu yang timbul dari suara orang ramai ialah menyatakan ianya majlis resepsi perkahwinan sedangkan dekorasi, sehingga ke kek telah direka untuk mempromosi Rafflesia. Norman dan Memey hanya seperti model yang menggayakan sut, gaun dan kasut yang dipinjamkan itu.
  7. Gaun Vera Wang yang digembar-gemburkan tidak seekslusif yang dijangkakan kerana ianya bukan gaun yang ditempah khas mengikut bentuk badan Memey seperti yang pernah dilakukan oleh Marion Caunter untuk majlis perkahwinannya sebelum ini. Gaun Vera Wang tersebut hanya dibeli dari butik Vera di Hong Kong, jadi orang tidak pasti jika ia ada beza dengan gaun Vera yang boleh dibeli dari eBay yang ada bernilai serendah RM 1,500 dan lebih cantik dari gaun yang dipakai Memey.
  8. ‘Embassy’ bermaksud ‘kedutaan’, kalau duta ialah ‘ambassador’.

Pada pendapat kami, kakak Norman sepatutnya tidak melenting apabila membaca kritikan Chef Wan, sebaliknya mengambil iktibar kerana pendapat beliau adalah amat rasional.

553 responses to Kakak Norman Hakim Dakwa Orang Melayu Fikir Negatif Dan Cemburu

  1. Fiera says:

    Apa yg dkatakan chef wan tu tak ada salahnya. Kpd kakak norman before balas komen chef wan tu check lah dulu spelling grammar tu ni buat malu je. Lgpun saya rasa chef wan tak peduli lah kalau perkahwinan billion kah zillion kah tp at least biar lah neat sikit and drpda awak marah dgn komen chef wan lebih baik awak tolong adi awak selesai hutang dia kat bekas isteri.

    itu satu hal, keduanya pulak, i am sure chef wan tahu psl choir. Tp kakak norman, kita kan org berbangsa melayu and beragama islam kan lg better if kita memainkan lagu berunsur islam, kan sedap lg d dengar and perkahwinan pun dberkati buat apa kita nak ikut western stye. choir tak salah. Satu lg psl baju, lgpun baju itu pun bukan nya dbagi kan itu cuma pameran je and kana sponsor, i think itu maksud chef wan.

    Kak norman, embassy itu kedutaan ah lah, ambassador itu duta. Adik saya yg berumur 9-10 tahun pun tahu the differencenya. Before you declare that org melayu negative and cemburu, awak itu berbangsa apa? bukan melayu? Sory lah dgn perkataan saya bukannya bermaksud rude pun. Saya tak kisah adik awak itu punya perkahwinan itu totalnya 12 ribu kah , 12 juta kah 12 billion kah, mmg saya tak kisah. Cemburu tak ada lah… buang masa saya aje, lelaki macam adik awak itu mmg lah tak tahu malu. kesian betoi awak ni, buat malu keturunan aje.

  2. sekadar peringatan sesama Muslim says:

    Mengutuk atau melaknati sesama muslim adalah perbuatan yang sangat dilarang agama. Sebab orang yang melaknati sesama muslim berarti telah mendoakan sesamanya untuk mendapatkan kecelakaaan. Padahal dia sendiri sama sekali tidak akan merasa rela bila dirinya didoakan mendapatkan kecelakaan oleh orang lain. Perihal larangan melaknat sesama muslim, Rasulullah telah menegaskan :

    “MENCACI MAKI SEORANG MUSLIM TERMASUK PERBUATAN FASIK, DAN MEMBUNUH SESAMA MUSLIM ADALAH TINDAK KEKUFURAN.” (HR Imam Al-jamaah, kecuali Abu Dawus daei Inmu Mas’ud)

    Dalam riwayat lain Rasulullah juga telah menegaskan :

    “MELAKNAT SEORANG MUKMIN ADALAH SAMA DENGAN MEMBUNUHNYA” (HR Bukhari daei tdabit bin Dhahak)

    Apabila seorang melaknat orang lain, padahal yang dilaknat itu tidak selayaknya untuk dilaknat, maka laknat tersebut akan kembali kepada orang yang melaknat tersebut. Rasulullah telah menegaskan :

    ” Apabila seorang melaknat sesuatu, maka laknat itu akan dinaikkan kelangit, sehingga seluruh pintu-pintu langit terkunci. Kemudian laknat itu kembali ke bumi, sementara seluruh pintu-pintu bumi telah terkunci. Lantas laknat itu melenggang ke kanan dan kekiri mencari tempat kosong. Ketika laknat tersebut sudah tidak mendapatkan tempat yang kosong, maka kemudian mencari orang yang dilaknat. Bila orang yang dilaknat pantas untuk mendapatkan laknat, maka bersemayamlah laknat itu kepada orang yang dilaknat. Tetapi kalau orang yang dilaknat tidak pantas mendapat laknat, maka laknat itu kembali menimpa kepada orang yang mengucapkan laknat (HR Abu Dawud dari Abu Darda)

    Untuk itu hati-hatilah wahai kaum muslimin . Jangan suka melaknat sesama. Sebab kalau orang yang kita laknat tidak pantas mendapatkan laknat, maka laknat itu akan menimpa diri kita sendiri. Sekali lagi Hati-hatilah kita !

    Ingatlah bahwa Rasulullah sangat membenci orang yang melaknat terhadap sesama. Ada dikisahkan dalam kitab shahih muslim , bahwa pada suatu ketika Rasulullah berada dalam perjalanan. Tiba-tiba ada seoranng wanita dari kalangan sahabat Anshar yang mengendarai unta. Sayang untanya kurang cekatan, sehingga dia melaknat unta yang dinaikinya. Mendengar hal tersebut Rasulullah lansung memerintahkan :”Panggil dan berilah hukuman wanita itu. Sebab dia termasuk wanita yang dilaknat Allah”. Sebab tidak selayaknya bagi seorang mukmin melaknat terhadap makhluk atau orang lain. Rasulullah telah menegaskan :
    “Bukanlah orang mukmin yang sempurna orang yang masih suka mencerca, suka melaknat, suka berbuat keji, dan suka berbicara kotor” (HR Muslim)

    Diantara sekian banyak orang yang dilaknat Allah dan Rasulnya adalah : Orang yang melaknat kedua orang tuanya, orang yang berkata kasar terhadap ibunya, orang yang menjerit-jerit ketika mendapat musibah, orang yang bersolek diluar batas kewajaran, orang yang menyesatkan orang buta dijalan, orang yang menggauli binatang, orang yang melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan kaum Luth( homoseks, lesbi atau sodomi), orang yang menggauli istri dibagian dubur, orang yang memimpin sekelompok kaum sementara kaum itu sendiri tidak mencintainya, seorang istri yang diajak bersenggama dia menolak sehingga suami merasa kecewa, orang yang menyemblih binatang tanpa menyebut nama Allah, orang yang mendengar suara azan dia tidak menjawabnya, orang yang mencuri, orang yang berkata kasar terhadap sahabat nabi, wanita yang mempertontonkan aurat dan perhiasannya didepan lelaki lain selain mahram, orang yang mengambil nasab ( garis keturunan) kepada orang yang bukan ayah kandungnya, orang yang meninggalkan amar makruf nahi munkar, dan masih banyak lagi.

    dalam hal ini Rasulullah telah menegaskan : “Enam manusia dilaknat oleh Allah dan Rasulnya : Orang yang tidak percaya terhadap takdir Allah, Orang yang merubah kitab Allah (Al-quran), Orang yang sengaja merendahkan Allah, orang yang menghalalkan barang haram, Orang yang menghalalkan ( merekayasa) hukum-hukum yang telah diharamkan Allah, dan Orang yang meninggalkan sunnah Rasul”

    Rasulullah juga melaknat orang yang berzina dengan istri tetangga, orang yang melakukan onani, Orang yang menikahi ibui dan anak tirinya, orang yang melakukan suap menyuap, orang yang merahasiakan ilmu, dan Orang yang menghina sesama muslim.
    Naudzubillah.

    Sudah menjadi kesepakatan para ulama bahwa melaknat sesama muslim hukumnya haram. Sedangkan melaknat orang yang memiliki sifat tercela, maka tidak ada larangan dalam agama, seperti Semoga Allah melaknat orang-orang kafir, orang-orang zalim,orang-orang yahudi dan nasrani, orang-orang yang fasih dan orang-orang yang menentang hukum Allah.

    Oleh karena perbuatan melaknat itu sangat dilarang agama, maka kita sebagai muslim harus hati-hati dan waspada dalam bertindak. Lebih-lebih ketika emosi sedang memuncak, harus benar-benar dikendalikan, jangan sampai bersumpah serapah pada orang lain. Sebab bila hal itu terjadi, berarti kita telah terperosok kejurang yang sangat menyesatkan. … ………
    Ya Allah bersihkanlah hati kamidari segala bentuk kesyirikan dan jadikanlah diri kami sebagai orang yang dicintai oleh sesama manusia dan dapat pula mencintai mereka.
    Ya Allah Lindungilah diri kami dari segala bentuk perbuatan maksiat yang menjadikan-MU murka kepada kami…. Amin Ya Allah…. Amin Ya Rabbil alamin…

    (A.Mudjab Mahalli ” Al-Kabair Dosa-Dosa Besar)

  3. Anti Memey-Norman says:

    memey xseri muka ms kawen…ah diorg pun ntah2 dah out…

  4. aries,,, says:

    alahai… panas gila site ne… hahahhaa lucu la kak c NH ne…. dah gmbira adik plyboy dia tu sakitkn hati kaum sejenis dia.. eeeee betul la family c NH ne….. nak tngok la lau suami kakak NH pula yg kene tngkap bash ngan pumpuan lain.. yg muda and ‘sweet’ knn.. hahahahha pa la rasa kowang!!! pui!!!

  5. Anonymous says:

    i was like OMG..english nye berterabur,,hahha,,kalau xtahu speaking, xpayah le menulis mcm tu..buat kna gelak je..hahaha…ckp melayu sudah…

    FYI Kakak Norman..kitorg sikit pon xjeles ape tah lagi beriri hati bagai terhadap adik kamu tu..biasa lah..as celebriti and public figure, sedikit sebanyak if ada yang xkena pada mata public, mestilah org mengata kan..tp mengata utk tujuan menegur..bukan mengumpat..ada faham? terima je la apa yg Chef Wan tu nasihatkan..

  6. norleo says:

    Apa nak di cemburukan wahai kakak Norman Hakim….kita ni org melayu dan agama islam pulak tu…nak cium2 tu nak peluk dan nak tunjuk ASET tu kat rumah je lah…..