Pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas tular video dirinya terlantar di sebuah pusat perubatan, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video oleh kakaknya, Syarifah Shah, di TikTok, kelihatan Prince Syed sedang menerima rawatan di hospital. Dalam masa sama, Syarifah turut menitipkan doa agar adiknya segera pulih dan diberikan kekuatan menghadapi ujian.
Semoga adikku cepat sembuh. Kuat hadapi dugaan dan cabaran, Prince Syed. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan.
Adik iparku Fatin Alhamdulillah dah keluar wad, moga semuanya sihat-sihat.
Namun begitu, di ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan pelbagai reaksi ada yang bersimpati, tidak kurang juga yang memberikan komen sinis terhadap situasi tersebut.
Kiteorang kerja hospital kenal sangat muka buat-buat sakit dengan muka cari penyakit 😂.”
Pandangan dia nampak kosong dah tu, adakah tak lama lagi.
Fatin bangun pi toilet, dia pun baring dan memulakan aksi lakonan, kakak dia tukang rakam. Hahaha gigih.
Terdahulu, nama Prince Syed kembali menjadi tumpuan selepas tular video ibu mentuanya mendakwa dia melarikan anak perempuannya, Fatin, selain menuduh lelaki itu mendesak isterinya menjalani pembedahan bariatrik.
Sebelum ini, Fatin turut dilihat berada di sebuah pusat perubatan dan sempat meminta orang ramai mendoakan agar dirinya cepat sembuh, sambil memaklumkan bahawa dia akan dibenarkan keluar hospital dalam masa terdekat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
