Boleh dikatakan berita mengenai individu yang sudah berkahwin curang terhadap pasangan mereka sering kali kita dapat lihat sejak kebelakangan ini.
Lagi-lagi kisah si isteri dicurangi oleh suami dengan pihak ketiga sememangnya sering berlaku, lebih sakit apabila orang ketiga itu merupakan ahli keluarga sendiri.
Suami curang dengan kakak kandung OKU
Seorang wanita di Instagram berkongsikan kisah yang dialami oleh rakan baiknya sendiri, di mana si suami telah mempunyai hubungan sumbang mahram dengan kakak kandung sendiri yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).
Menurutnya, si isteri sejak zaman bercinta sudah boleh menghidu sikap pelik kakak iparnya yang gemar berpakaian terdedah apabila berada di rumah, seperti sengaja mahu ‘memancing’ dan bila ditegur, sama sekali tidak menghiraukan teguran tersebut.
Keluarga mentua tahu, sokong hubungan sumbang mahram
Lagi menyakitkan kerana keluarga mentua mengetahui mengenai hubungan sumbang mahram ini tetapi memilih untuk berpihak kepada anak mereka biarpun tahu ia haram disisi agama.
Difahamkan, kakak OKU itu sering kali mengadu dirinya kesepian dan sebagai adik lelaki, dia mahu bertanggungjawab membahagiakan kakak kandungnya itu.
Bermula dengan rasa kesian, siapa sangka hubungan itu bertukang menjadi sumbang mahram dan berlanjutan ke hubungan kelamin.
Sekadar info, kini si isteri dalam proses meminta untuk bercerai susulan si suami enggan meninggalkan kakak kandungnya.