“Kakak Hanya Dapat Bersama Sehingga Esok” – Mira Filzah Terpaksa Percepatkan Pernikahan Malam Ini

Hiburan

“Kakak Hanya Dapat Bersama Sehingga Esok” – Mira Filzah Terpaksa Percepatkan Pernikahan Malam Ini

Mengesahkan dirinya bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, malam ini, pelakon jelita Mira Filzah mendedahkan majlis pernikahannya boleh disaksikan peminat melalui program MBuzz siaran TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit.

"Kakak Hanya Dapat Bersama Sehingga Esok” - Mira Filzah Terpaksa Percepatkan Pernikahan Malam Ini

Advertisement

Bagaimanapun, siaran langsung majlis pernikahan bersama jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek itu boleh disaksikan di akaun YouTube TV3, mulai jam 8.30 malam.

Menurut Mira lagi, beliau langsung tidak menafikan khabar angin bahawa mereka bakal disatukan bulan depan. Namun, disebabkan pandemik COVID-19, majlis perkahwinan terpaksa dipercepatkan berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

"Kakak Hanya Dapat Bersama Sehingga Esok” - Mira Filzah Terpaksa Percepatkan Pernikahan Malam Ini

“Betullah seperti yang dilaporkan media sebelum ini, saya dan Emir sepatutnya disatukan, Oktober ini. Tetapi disebabkan kakak tidak boleh berulang alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan.”

Ujar Mira, adik bongsunya juga terpaksa menunda sedikit pernikahan supaya kakaknya boleh menyaksikan perkahwinan mereka berdua.

"Kakak Hanya Dapat Bersama Sehingga Esok” - Mira Filzah Terpaksa Percepatkan Pernikahan Malam Ini

“Kakak hanya dapat bersama sehingga esok, selepas itu dia perlu pulang ke AS kerana anak saudara akan memulakan sesi persekolahan yang baharu.”

Sekadar informasi, Mira akan mengadakan tiga majlis resepsi. Malah Mira turut mendedahkan bahawa dirinya dan pasangan langsung tidak bergantung kepada sebarang tajaan kerana mahu menentukan konsep perkahwinan mengikut cita rasa sendiri.

"Kakak Hanya Dapat Bersama Sehingga Esok” - Mira Filzah Terpaksa Percepatkan Pernikahan Malam Ini

Untuk rekod, Majlis resepsi kedua akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang bakal dipancarkan secara langsung TV3.

Manakala, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...