Pelakon Sharifah Sakinah tidak dinafikan sering saja mengundang kontroversi apabila setiap tingkah lakunya diperhatikan peminat dan netizen di luar sana.
Pelakon yang bakal mendirikan rumah tangga dijangka pada May ini nanti juga mengakui sering saja menjadi bahan kritikan apabila dia sering berkongsi pelbagai perkara yang dianggap keterlaluan dan kurang sopan sebagai seorang wanita Islam.
Tambah bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini lagi, tempias negatif itu turut terpalit kepada kakaknya, Sharifah Haslinda yang kini sudah mengenakan hijab dan berniqab.
View this post on Instagram
“Itulah nama keluarga, ada yang berpurdah ada yang okey ada yang tidak. Kita menerima masing-masing punya karakter dengan hati yang terbuka dan tidak mengutuk antara satu sama lain.”
Sakinah turut menjelaskan bahawa ahli keluarganya tetap menyokong antara satu sama lain dan tidak menghukum meskipun mempunyai haluan hidup yang berbeza.
View this post on Instagram
Ujarnya lagi, kakaknya dulu tidak juga mengenakan tudung sebelum berhijrah sehingga seperti sekarang ini.
“Kakak saya dulu pun tak bertudung dan bukannya dia mula bertudung dari umur dia 2 bulan. Jadi pada saya perubahan itu semua memerlukan masa, pengalaman dan doa. Kalau kita doa betul-betul apa yang kita nak dalam hidup kita, apa yang kita nak ubah kena berdoalah padaNya.” – Sharifah Sakinah